Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Isnin, 5 Jun 2017

Labah-labah buncit

Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu.

Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang itu.  Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar . Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah . Satu dari arah barat dan satu lagi dari arah timur. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.

Labah-labah buncit memberi tali kepada jirn-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.

Kedua-dua labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama, jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.

Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun berhanti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang .

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut diperut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.

Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar . Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makanan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping bekas kena cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan genting.

DIPETIK DARIPADA MUTIARA KLASIK

Khamis, 9 Jun 2016

Dendam Harimau Kepada Kucing

Pada zaman dahulu, harimau bersahabat baik dengan kucing. Setiap kali mencari makan, mereka akan kumpulkan di datu tempat. Mereka akan bersama.

Pada suatu hari, kucing dikejar oleh serigala. Kucing dengan pantas memanjat sebatang pokok. Kebetulan harimau berada di situ. Harimau terus menghalau serigala itu pergi.

"Terima kasih harimau. Kalau tak ada kamu, matilah aku," kata kucing.

Harimau sangat gembira. Ia mahu belajar memanjat daripada kucing.

"tolonglah ajarkan aku memanjat. Manalah tahu, kalau singa hendak membunuh aku," kata harimau.

Kucing tahu harimau dan singa tidak tahu memanjat pokok. Namun, kucing berasa khuatir untuk mengajar harimau memanjat. Mana tahu, suatu hari nanti harimau akan menjadi musuhnya.

"Baiklah, hamba ajarkan," kata kucing.

Kucing pun segera memanjat sebatang pokok. Harimau pun ikut memanjat. Setelah harimau berada di atas pokok, kucing pun terjun ke tanah. Oleh kerana badan kucing kecil ia tidak cedera.

"Macam mana hamba hendak turun ? Ajarkanlah hamba turun," kata harimau.

"Terjunlah harimau,kamu akan selamat," kata kucing.

Harimau pun terjun. Oleh sebab badannya besar, kaki harimau patah. badan harimau juga sakit-sakit. Harimau sedar kucing menipunya. Kucing ketawa. Ia tahu harimau akan marah padanya. Kucing pun terus melarikan diri.

"Aku bersumpah akan memburu suku-sakat kau !" kata harimau lalu mengaum.

Sejak itu, kononnya kucing menjadi musuh harimau.

# dipetik daripada mutiara klasik

Mendapat Malu Sendiri

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki tua dan lelaki muda tinggal di sebuah kampung. Lelaki tua kuat bekerja . Hidaupnya sangat mewah. Lelaki muda pula malas bekerja. Hidupnya melarat dan susah.Setiap kali lelaki tua memasak, lelaki muda tercium bau masakannya. Lelaki muda berasa lapar tetapi malas mencari makanan.

Pada suatu malam, lelaki tua mengadakan jamuan.

"Inilah masanya aku nak menjadi kaya, " kata lelaki muda.

Ramai jemputan datang ke majlis itu. Lelaki tua leka melayan tetamunya makan.

Lelaki muda pun datang. Dia menghendap di belakang rumah lelaki tua. Dia memasuki bilik lelaki tua itu. Ada ketulan emas dan duit yang  banyak di situ. Laki muda mengambilnya lalu membawanya pulang.

Setelah selesai jamuan, lelaki tua pun masuk ke biliknya. Alangkah terkejutnya dia mendapati emas dan duitnya sudah hilang !

"Siapakah yang sanggup mencuri harta bendaku?" tanya lelaki tua.

Pada hari yang lain, lelaki muda mengadakan jamuan. Dia sengaja hendak menunjuk-nunjuk kepada lelaki tua.

"Aku juga boleh kaya seperti kamu. Tengoklah, ramai jemputan yang akan datang," kata lelaki muda.

Lelaki muda melayan tetamu yang datang. Ketika itu, datang seorang leki ke tempatnya. DIa menutup mukanya. Lelaki muda menjemput lelaki itu duduk sehidangan dnegannya.

"Silakan makan," pelawa lelaki muda.

"Memang aku datang hendak makan. Ah, betapa nikmatnya aku dapat merasai harta sendiri, tapi dijamu di rumah orang lain," kata lelaki itu.Lelaki muda sangat terkejut.

"Siapa tuan hamba sebenarnya?" tanya lelaki muda.

"Tidakkah kamu kenal ? Akulah orang yang kamu curi hartanya," kata lelaki tua. Lelaki muda sangat terkejut. Semua hadirin terkejut mendengar pengakuan lelaki tua itu. Lelaki tua pun menceritakan kejadian yang berlaku kepada jemputan.

"Saya tak berdendam dengan jiran saya ini. Dia sudah berusaha menjadi kaya. Tetapi dengan cara yang salah. Kita patut menghukumnya," kata lelaki tua .

"Kita mesti hukum kesalahannya mencuri," kata seorang hadirin.

"Saya mahu dia gantikan kesemua harta yang diambilnya," kata lelaki tua.

Lelaki muda sangat terkejut. Semua harta sudah dibelanjakannya. Dengan paa lagi hendak digantikan. Lelaki muda sangat menyesal.

"Saya berjanji akan gantikan. Mulai esok saya akan bekerja . Saya akan gantikan semua harta yang saya curi itu," kata lelaki muda.

Sejak hari itu lelaki muda mula bekerja dengan rajin. Akhirnya harta lelaki tua selesai diganti.

"Saya kagumi kerajinan kamu. Simpanlah sebahagian harta ini. Saya sedekahkan untuk kamu," kata lelaki tua.

Lelaki muda sangat gembira. Sejak itu lelaki muda menguatkan usaha mencari harta. Lelai tua telah menyedarkannya.

# dipetik daripada mutiara klasik

Buah Durian Buah Bacang

Pada suatu masa, pokok durian tumbuh dekat dengan pokok bacang. Apabila tiba musimnya, kedua-dua pokok ini berbunga dan berbuah dengan lebat.Sampai ketikanya buah durian dan buah bacang pun masaklah.

Pokok bacang malu kepada pokok durian. Pertama, kerana pokok durian mengeluarkan bau yang sangat harum dan kuat apablia masak. Keduanya pula, apabila gugur buah durian akan berbunyik kuat.

Apabila msak bau buah durian akan mengharumi sekitar kawasan di mana ia tumbuh. Isi durian pula sangat sedap rasanya. Buah bacang tidaklah seistimewa buah durian.

Pada suatu hari, pokok bacang meminta pokok durian memberi sedikit baunya. Kalau tidak pun ia minta pokok durian memijamkan baunya. Pokok bacang mahu buahnya berbau harum dan berbunyi kuat apabila gugur.

"Kita tidak boleh mengubah kejadian Tuhan . Kita mesti bersyukur atas apa yang dijadikan kepada kita.," kata pokok durian.

Pokok bacang tidak peduli . Pada waktu malam setelah semuanya tidur, pokok bacang mencuri bau buah durian daripada pokoknya . Bau itu dipakainya. Namun, benarlah seperti kata pokok durian. Walaupun bau buah bacang bertambah kuat tapi rasanya tetap bercampur masam. Ia tidak enak seperti buah durian.

Pokok durian menyedari akan perbuatan pokok bacang itu . Pokok bacang amat malu dengan pokok durian kerana perbuatannya telah diketahui oleh sahabatnya itu.

Hingga sekarang, jika pokok durian dan pokok bacang tumbuh berdekatan, buah bacang tidak akan gugur.

Buah durian mengeluarkan bau yang harum dan kuat. Apabila gugur bunyinya juga kuat. Sesekali buah durian akan menunggu buah bacang untuk gugur bersama-sama. Namun buah bacang tidak juga mahu gugur sehingga buahnya buruk.

Rabu, 8 Jun 2016

Seruling Ajaib

Tuan Puteri Gandar Eran sedih kerana ditunangkan dengan Dewa Perakas. Dewa Perakas bengis dan suka berperang .

Sewaktu Puteri Gandar Eran bersedih dia terdengar bunyi seruling. Oleh sebab merdu dan sayunya lagu itu, Puteri Gandar Eran jatuh pengsan. Raja segera mencarikan penawar.

Nujum menyuruh dayang mencarikan limau purut. Tupai putih mengetahui akan hajat dayang, dia sendiri mahu mengubatinya. Tupai putih kemudian menyuruh kumbang hijau menghantar sekapur sirih kepada peniup seruling ajaib itu.

Peniup seruling itu ialah Raja Donan. Baginda pun melabuhkan sauhnya berhampiran istana Puteri Gandar Eran.

Di jendela istana Raja Donan ternampak Puteri Gandar Eran sedang termenung. Raja Donan pergi ke hadapan istana puteri. Dia meniup serulingnya.

Serta-merta penyakit Puteri Gandar Eran sembuh. Puteri menceritakan nasibnya kepada Raja Donan. Raja Donan berjanji akan membantunya.

Raja Donan menyamar menjadi seorang budak yang hodoh .

Baginda pun membawa ayam hendak pergi bersabung. Lawannya ialah Si Jalak kepunyaan Dewa Perakas.

"Apakah pertaruhanmu, wahai budak hodoh?"

"Tidak ada apa-apa , tuanku," jawabnya.

"Baiklah, beta mempertaruhkan negeri dan tunang beta sendiri, setuju?" kata Dewa Perakas.

Dia yakin budak hodoh itu pasti kalah. Ayam Raja Donan meyerbu serta menaji ayam Dewa Perakas. Ayam baginda berjaya menumpaskan Si Jalak.

"Siapakah sebenarnya kamu ini, wahai budak hodoh?" tanya Dewa Perakas.

"Betalah Raja Donan yang dihanyutkan oleh Tuk Nujum sewaktu beta kecil dulu ," titah Raja Donan.

Sebaik sahaja Raja Donan menunjukkan dirinya yang sebenar, baginda diserang oleh Dewa Perakas. Dalam pada itu Raja Donan pun berdoa. Dengan sekali tepis sahaja Dewa Perakas pun terpelanting. Kerisnya tertikam pada dirinya sendiri. Maka matilah Dewa Perakas.

Raja Donan pun dikahwinkan dengan Puteri Gandar Eran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...