Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Jumaat, 11 Mei 2012

Moto Kapcai

Kisah dua beradik pergi ke pekan naik moto.
Abang bersekolah tingkatan tiga, si adik masih tadika lagi.

Apabila sampai di pekan, puas juga si abang nak cari kat mana sesuai nak paking nih. Dia takut parking sembarangan, takut moto kapcai buruknya kena kebas. Maklumlah kuncinya mana-mana pun boleh start.
Si adik pun dah mula rasa pelik, abang asyik berlegar legar je.

Adik     : Abang, ngapa pusing pusing je nih. Kan dah sampai.
Abang   : Abang tengah cari tempat parking laa ,,,
Adik     : Situ kan ada ...
Abang   : Takut la situ, kena rembat moto ni kang, sapa nak jawab.
Adik     : Haa ,,,adik ada satu tempat.
Abang  : Tempat apa?
Adik     : Kat mana nak parking laa...
Abang  : Mana?
Adik     : Sana . .. sebelah kete tu.(sambil menuding jari di sebelah kereta Ferrari Sport yang tak berbumbung)
Abang   : Naper situ lak ..
Adik      : Alahhhh,,,,kan kereta tu mahal,, jadi kalau orang nak curi, dia mesti nak yang mahal lahhh..selamatlah moto kita..


Khamis, 10 Mei 2012

Orang asli ngan polis


Kisah seorang orang asli datang membuat laporan di salah sebuah balai polis berdekatan.

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : pasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul tuan, terkam! (sambil mengangkat kedua tangan gaya menerkam)
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala je


Rabu, 9 Mei 2012

MU are the champion

Ha ha ...
MU menang lagi ...lepas sorak boleh buat kenduri


Sumber : Facebook

Selasa, 8 Mei 2012

Sekeluarga Orang Ganu Balik Kampung


Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di
kampung. Tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli
keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun
berkata,
Ibu : Guane nih…..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah : Betul jugok. Guane nok buak nih ?. Lame dok sapa
kampong.
Ibu : Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik
do’oh.
Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak
menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh
orang. Tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata,
Anak : Abah, Umi…..Awang tau doh guane nok buak. Kite sekarang
ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi, baru bule ‘LAPANG’…!!!


Lembu Dan Ayam


Suatu pagi suasana di ladang Pak Ali ketika waktu ternakannya bersarapan pagi. Si Lembu dan Si Ayam berbual kosong ...


Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam
: Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor
aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu
: Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun
ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak
pernah panggil aku MAK!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...