Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Jumaat, 11 Mei 2012

Moto Kapcai

Kisah dua beradik pergi ke pekan naik moto.
Abang bersekolah tingkatan tiga, si adik masih tadika lagi.

Apabila sampai di pekan, puas juga si abang nak cari kat mana sesuai nak paking nih. Dia takut parking sembarangan, takut moto kapcai buruknya kena kebas. Maklumlah kuncinya mana-mana pun boleh start.
Si adik pun dah mula rasa pelik, abang asyik berlegar legar je.

Adik     : Abang, ngapa pusing pusing je nih. Kan dah sampai.
Abang   : Abang tengah cari tempat parking laa ,,,
Adik     : Situ kan ada ...
Abang   : Takut la situ, kena rembat moto ni kang, sapa nak jawab.
Adik     : Haa ,,,adik ada satu tempat.
Abang  : Tempat apa?
Adik     : Kat mana nak parking laa...
Abang  : Mana?
Adik     : Sana . .. sebelah kete tu.(sambil menuding jari di sebelah kereta Ferrari Sport yang tak berbumbung)
Abang   : Naper situ lak ..
Adik      : Alahhhh,,,,kan kereta tu mahal,, jadi kalau orang nak curi, dia mesti nak yang mahal lahhh..selamatlah moto kita..


Khamis, 10 Mei 2012

Orang asli ngan polis


Kisah seorang orang asli datang membuat laporan di salah sebuah balai polis berdekatan.

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : pasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul tuan, terkam! (sambil mengangkat kedua tangan gaya menerkam)
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala je


Rabu, 9 Mei 2012

MU are the champion

Ha ha ...
MU menang lagi ...lepas sorak boleh buat kenduri


Sumber : Facebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...