Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini
Memaparkan catatan dengan label cerita kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita kanak-kanak. Papar semua catatan

Khamis, 9 Jun 2016

Dendam Harimau Kepada Kucing

Pada zaman dahulu, harimau bersahabat baik dengan kucing. Setiap kali mencari makan, mereka akan kumpulkan di datu tempat. Mereka akan bersama.

Pada suatu hari, kucing dikejar oleh serigala. Kucing dengan pantas memanjat sebatang pokok. Kebetulan harimau berada di situ. Harimau terus menghalau serigala itu pergi.

"Terima kasih harimau. Kalau tak ada kamu, matilah aku," kata kucing.

Harimau sangat gembira. Ia mahu belajar memanjat daripada kucing.

"tolonglah ajarkan aku memanjat. Manalah tahu, kalau singa hendak membunuh aku," kata harimau.

Kucing tahu harimau dan singa tidak tahu memanjat pokok. Namun, kucing berasa khuatir untuk mengajar harimau memanjat. Mana tahu, suatu hari nanti harimau akan menjadi musuhnya.

"Baiklah, hamba ajarkan," kata kucing.

Kucing pun segera memanjat sebatang pokok. Harimau pun ikut memanjat. Setelah harimau berada di atas pokok, kucing pun terjun ke tanah. Oleh kerana badan kucing kecil ia tidak cedera.

"Macam mana hamba hendak turun ? Ajarkanlah hamba turun," kata harimau.

"Terjunlah harimau,kamu akan selamat," kata kucing.

Harimau pun terjun. Oleh sebab badannya besar, kaki harimau patah. badan harimau juga sakit-sakit. Harimau sedar kucing menipunya. Kucing ketawa. Ia tahu harimau akan marah padanya. Kucing pun terus melarikan diri.

"Aku bersumpah akan memburu suku-sakat kau !" kata harimau lalu mengaum.

Sejak itu, kononnya kucing menjadi musuh harimau.

# dipetik daripada mutiara klasik

Mendapat Malu Sendiri

Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki tua dan lelaki muda tinggal di sebuah kampung. Lelaki tua kuat bekerja . Hidaupnya sangat mewah. Lelaki muda pula malas bekerja. Hidupnya melarat dan susah.Setiap kali lelaki tua memasak, lelaki muda tercium bau masakannya. Lelaki muda berasa lapar tetapi malas mencari makanan.

Pada suatu malam, lelaki tua mengadakan jamuan.

"Inilah masanya aku nak menjadi kaya, " kata lelaki muda.

Ramai jemputan datang ke majlis itu. Lelaki tua leka melayan tetamunya makan.

Lelaki muda pun datang. Dia menghendap di belakang rumah lelaki tua. Dia memasuki bilik lelaki tua itu. Ada ketulan emas dan duit yang  banyak di situ. Laki muda mengambilnya lalu membawanya pulang.

Setelah selesai jamuan, lelaki tua pun masuk ke biliknya. Alangkah terkejutnya dia mendapati emas dan duitnya sudah hilang !

"Siapakah yang sanggup mencuri harta bendaku?" tanya lelaki tua.

Pada hari yang lain, lelaki muda mengadakan jamuan. Dia sengaja hendak menunjuk-nunjuk kepada lelaki tua.

"Aku juga boleh kaya seperti kamu. Tengoklah, ramai jemputan yang akan datang," kata lelaki muda.

Lelaki muda melayan tetamu yang datang. Ketika itu, datang seorang leki ke tempatnya. DIa menutup mukanya. Lelaki muda menjemput lelaki itu duduk sehidangan dnegannya.

"Silakan makan," pelawa lelaki muda.

"Memang aku datang hendak makan. Ah, betapa nikmatnya aku dapat merasai harta sendiri, tapi dijamu di rumah orang lain," kata lelaki itu.Lelaki muda sangat terkejut.

"Siapa tuan hamba sebenarnya?" tanya lelaki muda.

"Tidakkah kamu kenal ? Akulah orang yang kamu curi hartanya," kata lelaki tua. Lelaki muda sangat terkejut. Semua hadirin terkejut mendengar pengakuan lelaki tua itu. Lelaki tua pun menceritakan kejadian yang berlaku kepada jemputan.

"Saya tak berdendam dengan jiran saya ini. Dia sudah berusaha menjadi kaya. Tetapi dengan cara yang salah. Kita patut menghukumnya," kata lelaki tua .

"Kita mesti hukum kesalahannya mencuri," kata seorang hadirin.

"Saya mahu dia gantikan kesemua harta yang diambilnya," kata lelaki tua.

Lelaki muda sangat terkejut. Semua harta sudah dibelanjakannya. Dengan paa lagi hendak digantikan. Lelaki muda sangat menyesal.

"Saya berjanji akan gantikan. Mulai esok saya akan bekerja . Saya akan gantikan semua harta yang saya curi itu," kata lelaki muda.

Sejak hari itu lelaki muda mula bekerja dengan rajin. Akhirnya harta lelaki tua selesai diganti.

"Saya kagumi kerajinan kamu. Simpanlah sebahagian harta ini. Saya sedekahkan untuk kamu," kata lelaki tua.

Lelaki muda sangat gembira. Sejak itu lelaki muda menguatkan usaha mencari harta. Lelai tua telah menyedarkannya.

# dipetik daripada mutiara klasik

Selasa, 7 Jun 2016

Baju Baru Maharaja

Pada zaman dahulu, ada seorang Maharaja yang menghabiskan masa dan wangnya membeli baju baru. Sehelai baju dipakai sekali sahaja. Semua kain yang didagang di negaranya akan dibelinya.

Pada suatu hari, negaranya telah kehabisan kain. Tiba-tiba dua orang pemuda telah datang ke istana. "Kami mempunyai kemahiran luar biasa menenun kain ajaib," kata salah seorang pemuda itu.

"Kalau begitu tenunlah kain yang paling elok untuk beta membuat pakaian," perintah Maharaja itu. Kedua-dua pemuda itu dibekalkan dengan sutera dan emas untuk ditenunkan.

Sebenarnya kedua-dua pemuda itu telah menipu Maharaja. Mereka tidak tahu menenun tetapi mereka bijak membuat helah. Mereka bolot semua emas dan sutera yang dihantar oleh Maharaja.

Tidak lama kemudian, seorang menteri kanan dihantar untuk memeriksa kain ajaib yang ditenun.

Kata salah seorang penipu itu, "Hanya orang bodoh sahaja yang tidak dapat melihat kain ajaib yang ditenun." Sebenarnya kain ajaib itu tidak kelihatan kerana penipu itu tidak menenun apa-apa.

Gambar sekadar hiasan
Menteri kanan itu berfikir."Kalau saya katakan saya tak nampak kain ajaib itu bermakna saya ini bodoh." Menteri itu pun memberitahu Maharaja kain ajaib itu sungguh cantik dan warnanya amat menarik.

Menteri demi menteri dihantar dan semuanya tidak mahu mengaku mereka bodoh. Mereka semua melaporkan yang kain ajaib itu sungguh cantik.

"Hanya orang bodoh sahaja tidak dapat melihat kain itu." kata Perdana Menteri kepada Maharaja.

"Ya, memang benar . Kain ajaib itu sungguh cantik," kata Mahajraja apabila kain itu dibawa ke istana. "Cepat ! Jahitkan beta sehelai baju yang cantik." perintah Maharaja.

Dua orang penipu itu dengan segera mengukur badan Maharaja dan berpura-pura memotong kain itu. Mereka berpura-pura menjahit. Beberapa jam kemudian siaplah baju itu. Semua yang hadir memuji kecantikan baju itu walaupun mereka tidak nampak apa-apa.

Pada keesokan harinya, Maharaja pun beraraklah seperti biasa supaya rakyat boleh melihat baju barunya. Semua rakyat berasa kagum dan kebanyakan daripada mereka tidak berkata apa-apa. Mereka takut digelar bodoh. Ramai juga yang memuji kecantikan baju baru Maharaja.

"Semua rakyat beta bijak dan pintar. Beta sahaja yang bodoh, tak nampak kain ajaib itu," fikir Mahraja itu.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak menjerit, "Alamak ! Maharaja bogel."

Selepas itu orang ramai pun berkata, "Memang betul. Maharaja tidak memakai apa-apa."

Maharaja berasa malu dan berlari balik ke istana , diikuti oleh menteri-menteri dan pengawal-pengawalnya.

Di istana, Maharaja marahkan semua menterinya. "Dari Maharaja sampai ke rakyat jelata, semuanya bodoh. Satu negara diperdaya oleh 2 orang penipu," jerit Maharaja itu.

Baginda memerintahkan supaya2 orang penipu itu ditangkap. Malngnya mereka berdua telah melarikan diri ke negara lain.

Isnin, 6 Jun 2016

Kisah 3 Beradik

Pada masa dahulu, ada tiga orang adik-beradik yang mengembara di sebatang jalan berbengkak-bengkok yang sunyi sepi pada waktu tengah malam.

Pada suatu hari, ketiga-tiga bersaudara ini tiba di sebuah sungai yang terlalu dalam untuk diranduk dan terlalu bahaya untuk direnang. Bagaimanapun, ketiga-tiga bersaudara ini sangat mahir dalam ilmu sihir. Mereka sekadar menghayunkan tongkat sakti mereka dan menjelmakan sebatang jambatan merentas sungai yang berbahaya itu. Di tengah jambatan , suatu lembaga berkelubung mengalang laluan mereka.

Maut pun berkata kepada mereka. Maut sebenarnya berasa sangat marah kerana telah ditewaskan oleh ketiga-tiga bersaudara itu kerana pengembara biasanya akan lemas ketika menyeberang sungai tersebut. Tetapi Maut amat licik . Dia berpura-pura mengucapkan tahniah kepada 3 bersaudara itu atas kehebatan ilmu sihir mereka dan memberitahu mereka bahawa mereka boleh meminta hadiah kerana berjaya menewaskannya.

Jadi, abang yang sulung,eorang lelaki yang suka berperang, meminta sebuah tongkat sakti yang lebih berkuasa daripada semua tongkat sakti yang wujud di dunia- tongkat sakti yang dapat membuat pemiliknya memenangi semua perang tanding, tongkat selayaknya bagi ahli sihir yang dapat mengatasi Maut. Maut pun pergi ke sebuah batang pokok elder di tebing sungai, membuat sebatang tongkat sakti daripada sebatang dahan yang terjuntai di situ, lantas diberikannya kepada abang yang sulung.

Kemudian, abang yang tengah, seorang lelaki yang angkuh, memutuskan untuk lebih memalukan Maut lantas meminta kuasa untuk menyeru semula orang yang sudah mati. Maut pun mengambil seketul batu dari tebing sungai itu lantas diberikannya kepada abang yang tengah dan memberitahu lelaki itu bahawa dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan orang yang telah mati.

Maut kemudian bertanya kepada adik bongsu apa yang diinginkannya . Adik yang bongsu, seorang yang lebih rendah hati dan bijaksana daripada abang-abangnya, tidak percaya kepada Maut. Dia pun meminta sesuatu yang membolehkannya pergi dari satu tempat ke satu tempat tanpa dapat dikesan oleh Maut. Maut dengan amat keberatan, memberikan sehelai Jubah Ghaib kepadanya.

Maut kemudian memberi laluan kepada 3 bersaudara untuk menyeberangi sungai. Ketiga-tiga beradik itu kemudian meneruskan perjalanan mereka sambil bercerita tentang pengalaman menakjubkan mereka itu dan mengagumi pemberian Maut.

Abang yang sulung mengembara lagi selama seminggu dua kemudian tiba di sebuah perkampungan terpencil , mencari seorang rakan ahli sihir yang pernah bersengketa dengannya . Semestinya, dengan tongkat sakti pemberian Maut sebagai senjata, dia beroleh kemenangan. Dengan membiarkan musuhnya mati terbujur di lantai, si abang datang ke sebuah rumah penginapan. Dia kemudian dengan bongkak bermengah-mengah tentang betapa hebatnya tongkat yang didapatkannya daripada Maut dan bagaimana tongkat itu menjadikannya kebal.

Pada malam itu juga , seorang ahli sihir lain menyusup masuk ke bilik abang yang sulung ketika lelaki itu sedang terbaring mabuk di katilnya. Pencuri itu mengambil tongkat sakti si abang dan mengelar leher lelaki itu.

Jadi Maut pun berjaya mengambil nyawa abang yang sulung.Sementara itu, abang yang tengah berjalan pulang ke rumah, tempat dia tinggal seorang diri.Dia kemudian mengeluarkan batu azimatnya yang berupaya mengembalikan orang yang sudah mati lalu memusing-musingkan batu itu 3 kali di tangannya. Apa yang menggembirakannya, lembaga seorang gadis, kekasih yang ingin dikahwininya dahulu sebelum gadis itu meninggal dunia dalam usia muda, muncul di depannya.

Bagaimanapun gadis itu kelihatan sugul dan dingin, terasing daripadanya seolah-olah dipisahkan oleh suatu hijab. Walaupun gadis itu telah kembali ke dunia fana, dunia itu bukan tempat sebenarnya menyebabkan dia menderita.Akhirnya abang yang tengah menjadi gila kerana kerinduan tidak terbendung. selepas itu membunuh diri supaya dapat benar-benar bersama kekasihnya.

Dan Maut pun mengambil nyawa abang yang tengah.Tetapi bagi Si Bongsu, walaupun Maut mencarinya selama bertahun-tahun , Maut tidak dapat menjejakinya.Hanya apabila Si Bongsu mencapai usia yang sangat lanjut barulah  dia menanggalkan Jubah Ghaibnya dan memberikan jubah itu kepada anak lelakinya.Dia kemudian menyambut Maut seperti kawan lama dan pergi bersama-sama Maut dengan berlapang dada lalu meninggal dunia.

DIAMBIL DARI BUKU HARRY POTTER DENGAN AZIMAT MAUT. 

Ahad, 3 Mac 2013

Fobia masa tidur


Ajoi: Doktor sumardi, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!
Doktor Sumardi: Jangan bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai. Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Ajoi: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor Sumardi: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor Sumardi bertemu Ajoi sedang membeli-belah.

Doktor Sumardi: Kenapa tak datang jumpa saya?

Ajoi: Masalah dah selesai. Penjaga kedai hardware seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor Sumardi: Ya..bagaimana?

Ajoi: Dia beri saya gergaji. Dia suruh saya potong kaki katil....

katil buruk

Khamis, 14 Februari 2013

Anak Kembar

Suatu hari waktu petang ..

     Si ibu sibuk menyediakan minuman petang. Setelah sempurna baru ia memanggil suaminya dan anaknya Aiman. Aiman pula masih berlari-lari bermain di halaman rumah.

Ibu      : Aiman ..Aiman. Mari minum, ibu dah sediakan.

Aiman : Ya bu ..

Mereka pun minum  sambil berbual bual.

Ayah : Aiman main apa tadi tu?

Aiman : Main sorang sorang je .. boring dah main game. Nak main kat luar sama kawan kawan mesti ayah tak kasi.

Ayah : Nanti ayah beli game baru ye

Aiman : Kalau ada adik kan best. Lagi ramai lagi best.

Ibu : Aiman nak adik perempuan ke lelaki?

Aiman : Aiman nak adik kembar.

Ibu : Kembar ke tak, tak tahu lagi Aiman, kalau Aiman dapat adik pun Ibu dah kira syukur banyak-banyak Aiman.

Aiman : Kan senang je nak dapat kembar

Ibu & Ayah : &*^????

Ayah memberanikan diri bertanya...

Ayah : Kenapa Aiman cakap macam tu..

Aiman : Alahhhh ... "copy dan paste" aje (dengan muka selamba).


Isnin, 19 November 2012

Budak Paling Malas


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang amat malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.”

cerita kanak kanak pemalas

Ahad, 21 Oktober 2012

Cara fancy ikat tali kasut -style

Panduan cara mengikat tali kasut yang lebih style.
Warna dalam panduan terdapat dua warna untuk memudahkan berpandukan salah satu hujung tali kasut.
Selamat mencuba.

Double click untuk besarkan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...