Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Selasa, 7 Jun 2016

Baju Baru Maharaja

Pada zaman dahulu, ada seorang Maharaja yang menghabiskan masa dan wangnya membeli baju baru. Sehelai baju dipakai sekali sahaja. Semua kain yang didagang di negaranya akan dibelinya.

Pada suatu hari, negaranya telah kehabisan kain. Tiba-tiba dua orang pemuda telah datang ke istana. "Kami mempunyai kemahiran luar biasa menenun kain ajaib," kata salah seorang pemuda itu.

"Kalau begitu tenunlah kain yang paling elok untuk beta membuat pakaian," perintah Maharaja itu. Kedua-dua pemuda itu dibekalkan dengan sutera dan emas untuk ditenunkan.

Sebenarnya kedua-dua pemuda itu telah menipu Maharaja. Mereka tidak tahu menenun tetapi mereka bijak membuat helah. Mereka bolot semua emas dan sutera yang dihantar oleh Maharaja.

Tidak lama kemudian, seorang menteri kanan dihantar untuk memeriksa kain ajaib yang ditenun.

Kata salah seorang penipu itu, "Hanya orang bodoh sahaja yang tidak dapat melihat kain ajaib yang ditenun." Sebenarnya kain ajaib itu tidak kelihatan kerana penipu itu tidak menenun apa-apa.

Gambar sekadar hiasan
Menteri kanan itu berfikir."Kalau saya katakan saya tak nampak kain ajaib itu bermakna saya ini bodoh." Menteri itu pun memberitahu Maharaja kain ajaib itu sungguh cantik dan warnanya amat menarik.

Menteri demi menteri dihantar dan semuanya tidak mahu mengaku mereka bodoh. Mereka semua melaporkan yang kain ajaib itu sungguh cantik.

"Hanya orang bodoh sahaja tidak dapat melihat kain itu." kata Perdana Menteri kepada Maharaja.

"Ya, memang benar . Kain ajaib itu sungguh cantik," kata Mahajraja apabila kain itu dibawa ke istana. "Cepat ! Jahitkan beta sehelai baju yang cantik." perintah Maharaja.

Dua orang penipu itu dengan segera mengukur badan Maharaja dan berpura-pura memotong kain itu. Mereka berpura-pura menjahit. Beberapa jam kemudian siaplah baju itu. Semua yang hadir memuji kecantikan baju itu walaupun mereka tidak nampak apa-apa.

Pada keesokan harinya, Maharaja pun beraraklah seperti biasa supaya rakyat boleh melihat baju barunya. Semua rakyat berasa kagum dan kebanyakan daripada mereka tidak berkata apa-apa. Mereka takut digelar bodoh. Ramai juga yang memuji kecantikan baju baru Maharaja.

"Semua rakyat beta bijak dan pintar. Beta sahaja yang bodoh, tak nampak kain ajaib itu," fikir Mahraja itu.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak menjerit, "Alamak ! Maharaja bogel."

Selepas itu orang ramai pun berkata, "Memang betul. Maharaja tidak memakai apa-apa."

Maharaja berasa malu dan berlari balik ke istana , diikuti oleh menteri-menteri dan pengawal-pengawalnya.

Di istana, Maharaja marahkan semua menterinya. "Dari Maharaja sampai ke rakyat jelata, semuanya bodoh. Satu negara diperdaya oleh 2 orang penipu," jerit Maharaja itu.

Baginda memerintahkan supaya2 orang penipu itu ditangkap. Malngnya mereka berdua telah melarikan diri ke negara lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...