Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Isnin, 6 Jun 2016

Kisah 3 Beradik

Pada masa dahulu, ada tiga orang adik-beradik yang mengembara di sebatang jalan berbengkak-bengkok yang sunyi sepi pada waktu tengah malam.

Pada suatu hari, ketiga-tiga bersaudara ini tiba di sebuah sungai yang terlalu dalam untuk diranduk dan terlalu bahaya untuk direnang. Bagaimanapun, ketiga-tiga bersaudara ini sangat mahir dalam ilmu sihir. Mereka sekadar menghayunkan tongkat sakti mereka dan menjelmakan sebatang jambatan merentas sungai yang berbahaya itu. Di tengah jambatan , suatu lembaga berkelubung mengalang laluan mereka.

Maut pun berkata kepada mereka. Maut sebenarnya berasa sangat marah kerana telah ditewaskan oleh ketiga-tiga bersaudara itu kerana pengembara biasanya akan lemas ketika menyeberang sungai tersebut. Tetapi Maut amat licik . Dia berpura-pura mengucapkan tahniah kepada 3 bersaudara itu atas kehebatan ilmu sihir mereka dan memberitahu mereka bahawa mereka boleh meminta hadiah kerana berjaya menewaskannya.

Jadi, abang yang sulung,eorang lelaki yang suka berperang, meminta sebuah tongkat sakti yang lebih berkuasa daripada semua tongkat sakti yang wujud di dunia- tongkat sakti yang dapat membuat pemiliknya memenangi semua perang tanding, tongkat selayaknya bagi ahli sihir yang dapat mengatasi Maut. Maut pun pergi ke sebuah batang pokok elder di tebing sungai, membuat sebatang tongkat sakti daripada sebatang dahan yang terjuntai di situ, lantas diberikannya kepada abang yang sulung.

Kemudian, abang yang tengah, seorang lelaki yang angkuh, memutuskan untuk lebih memalukan Maut lantas meminta kuasa untuk menyeru semula orang yang sudah mati. Maut pun mengambil seketul batu dari tebing sungai itu lantas diberikannya kepada abang yang tengah dan memberitahu lelaki itu bahawa dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan orang yang telah mati.

Maut kemudian bertanya kepada adik bongsu apa yang diinginkannya . Adik yang bongsu, seorang yang lebih rendah hati dan bijaksana daripada abang-abangnya, tidak percaya kepada Maut. Dia pun meminta sesuatu yang membolehkannya pergi dari satu tempat ke satu tempat tanpa dapat dikesan oleh Maut. Maut dengan amat keberatan, memberikan sehelai Jubah Ghaib kepadanya.

Maut kemudian memberi laluan kepada 3 bersaudara untuk menyeberangi sungai. Ketiga-tiga beradik itu kemudian meneruskan perjalanan mereka sambil bercerita tentang pengalaman menakjubkan mereka itu dan mengagumi pemberian Maut.

Abang yang sulung mengembara lagi selama seminggu dua kemudian tiba di sebuah perkampungan terpencil , mencari seorang rakan ahli sihir yang pernah bersengketa dengannya . Semestinya, dengan tongkat sakti pemberian Maut sebagai senjata, dia beroleh kemenangan. Dengan membiarkan musuhnya mati terbujur di lantai, si abang datang ke sebuah rumah penginapan. Dia kemudian dengan bongkak bermengah-mengah tentang betapa hebatnya tongkat yang didapatkannya daripada Maut dan bagaimana tongkat itu menjadikannya kebal.

Pada malam itu juga , seorang ahli sihir lain menyusup masuk ke bilik abang yang sulung ketika lelaki itu sedang terbaring mabuk di katilnya. Pencuri itu mengambil tongkat sakti si abang dan mengelar leher lelaki itu.

Jadi Maut pun berjaya mengambil nyawa abang yang sulung.Sementara itu, abang yang tengah berjalan pulang ke rumah, tempat dia tinggal seorang diri.Dia kemudian mengeluarkan batu azimatnya yang berupaya mengembalikan orang yang sudah mati lalu memusing-musingkan batu itu 3 kali di tangannya. Apa yang menggembirakannya, lembaga seorang gadis, kekasih yang ingin dikahwininya dahulu sebelum gadis itu meninggal dunia dalam usia muda, muncul di depannya.

Bagaimanapun gadis itu kelihatan sugul dan dingin, terasing daripadanya seolah-olah dipisahkan oleh suatu hijab. Walaupun gadis itu telah kembali ke dunia fana, dunia itu bukan tempat sebenarnya menyebabkan dia menderita.Akhirnya abang yang tengah menjadi gila kerana kerinduan tidak terbendung. selepas itu membunuh diri supaya dapat benar-benar bersama kekasihnya.

Dan Maut pun mengambil nyawa abang yang tengah.Tetapi bagi Si Bongsu, walaupun Maut mencarinya selama bertahun-tahun , Maut tidak dapat menjejakinya.Hanya apabila Si Bongsu mencapai usia yang sangat lanjut barulah  dia menanggalkan Jubah Ghaibnya dan memberikan jubah itu kepada anak lelakinya.Dia kemudian menyambut Maut seperti kawan lama dan pergi bersama-sama Maut dengan berlapang dada lalu meninggal dunia.

DIAMBIL DARI BUKU HARRY POTTER DENGAN AZIMAT MAUT. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...