Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Isnin, 11 Jun 2012

Ajoi di Night Club


Masa Ajoi di zaman jahilnya, dia rajin gak pergi clubbing…

Satu hari dia masuk ke kelab.

Dia duduk sorang-sorang di bar..

Tidak lama kemudian dia nampak Sumardi bersama 5 orang awek-awek cantik di sekeliling dia.

Mereka duduk2 di lounge dan Sumardi kelihatan seperti seorang Raja yang di manjakan oleh dayang-dayang yang cun melecun.

Ajoi yang duduk sorang dan berfikir, bila agaknya aku boleh jadi macam dia?

Awek pun aku takde…

Semasa Sumardi sedang ke tandas, Ajoi menahannya dan berkata :”Bro, macamana caranya lu boleh dapat awek-awek cun camtu”?

Sumardi membisik ke telinga Ajoi: “Joi,ni gua nak bagitau lu…”

Kalau kau besok masuk ke kelab, masa ko nak duduk di bar, lemparkan kunci kereta ko di atas meja bar, pasti awek-awek datang dengan sendirinya.

Ajoi menjawab: “tapi aku takde keta bro, aku ada kapcai jer…”

Sumardi: “Ko hanya perlukan kunci kereta jer.. tengok aku ada keychain kereta Jaguar..”

Ajoi: Ler…tu jer tektiknya.



Malam esoknya Ajoi dengan semangat membara masuk ke kelab, dia melihat Sumardi di sudut bar dengan 3 awek di sekelilingnya.

Ajoi berjalan menuju bar dengan muka confident giler dan mencampakkan kunci bersama key chain kereta Ferrari ke atas meja bar.

Tapi tidak ada respon sama sekali

Di saku seluar dia ada lagi kunci. Bila ada awek-awek cantik lalu, dia lempar lagi kunci tu ke bar.

Tetap tetap tidak ada respon, malah awek-awek cun melecun tu bantai gelak terbahak-bahak.

Ajoi tidak faham..

Korang nak tahu jawapannya ???

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Sumardi akhirnya datang ke Ajoi dan berbisik: “Ajoi, lain kali masa kau campak kunci kereta ferrari di bar, helmet tu buka dulu bro……..!!!

Selasa, 5 Jun 2012

Surat Hari Selasa

Hari hujung minggu 3 beranak berkelah di tepi air terjun. Setelah keletihan berendam air yang sejuk, si ibu memanggil si Ayah dan anak yang bersekolah di tahun 2 untuk menikmati makanan tengahari. Ketika makan mereka si ayah berbual bual dengan si anaknya, Aiman. Pendekkan cerita ..

Ayah : makan lah banyak banyak sikit. Kalau berendam badan sejuk nanti cepat rasa lapar
Aiman : (Senyum sambil mengangguk)
Ayah : Petang ni kita balik pukul 4. Nanti Aiman rehat dalam kereta supaya esok tak letih nak pergi sekolah.
Aiman : Esok sekolah ke ayah?
Ayah : Kan esok hari isnin ..sekolah lah..
Aiman : Tapi sekolah Aiman cuti.
Ayah : Cuti apa pulak, tak ada pun cikgu Aiman bagi surat
Aiman : Nanti hari SELASA cikgu bagi lah (jawab Aiman dengan bersahaja)
Ayah : &*^%$ (si ayah berkata dalam hati sambil menggaru garu kepala...sah nak ponteng nih)

Jumaat, 1 Jun 2012

Gadis Cantik dengan Peguam


Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawab : "Tidak Tahu"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...