Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 16 September 2012

Ini Ayah Aku


Ini ayah aku. Sekali tengok fesyennya dengan berbaju 'Bush jacket' dan berseluar 'Bell bottom', saling tak tumpah macam wakil rakyat. Paling tidak pun macam pengawal peribadi Perdana Menteri. Tapi hakikatnya ayah aku adalah seorang guru. Nama komersial 'Cikgu Lah' dan yang pasti dia cikgu ku juga.

Bagi aku, bila ayah jadi cikgu sendiri kat sekolah tak ada apa masalahnya. Aku nampak ayah macam cikgu lain je. Cuma satu perkara je aku perasan bila dalam kelas ayah jarang suruh aku jawab soalan. Mungkin ayah tau aku memang tau jawab atau dia takut aku salah jawab. Entahlah, hanya ayah yang tau.

Ayah bukan cikgu yang garang. Kat sekolah ramai murid-murid 'respect' ayah. Mungkin pasal ayah jenis cool orangnya, 'soft spoken' dan pandai main psikologi. Pernah aku nampak seorang murid yang cukup samseng kat sekolah, menangis teresak-esak bila ayah nasihatkan dia. Padahal dengan cikgu lain jangan harap dia nak dengar.

Tapi ada satu benda yang aku tak suka. Bila ayah nak sembelih ayam, aku yang kena pegang ayam tu. Aku jenis tak suka benda-benda hidup ni. Betapa ngerinya aku rasa masa tu. Tuhan saja yang tau. Biasanya masa ni la aku buat-buat sibuk, pergi mandi ke tak pun sembahyang lama-lama.

Salah satu benda yang ayah sayang adalah keretanya. Janganlah cuba-cuba nak usik. Hari-hari ayah mengelap kalau tak basuh pun. Satu prinsip ayah, kereta tak akan nampak cantik kalau tayarnya tak bersih. Tapi ayah tak tau yang aku pun punya minat yang sama. Cuma depan ayah aku tak tunjuk je. Pernah satu hari tu masa ayah tidur, diam-diam aku cuci kereta ayah. Ayah perasan tapi dia buat donno je. Ala... dia tau ni kerja aku.

Untung bila jadi cikgu ni. Ke mana saja pergi selalu dihormati dan gelaran cikgu tak akan pernah hilang walaupun dah pencen. Macam tu la ayah aku. Tak kira yang tua atau muda, orang biasa atau berpangkat semua panggilnya cikgu macam semua orang yang ayah kenal pernah jadi anak muridnya pulak.

+Masih aku ingat satu pesan ayah. Kita hanya ada satu je ibu dan ayah dalam dunia ni. Jadi sayangi dan hormatilah mereka kerana bila mereka sudah tiada, kita tak boleh cari di kedai untuk beli yang baru.

Sumber; SINI

Khamis, 13 September 2012

Anak Ayah


Cerita pendek je ...

Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika berdiri rakaat kedua, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang ‘konon’nya ingin membantu, kebetulan pulak aku memang dibelakang imam, terus aku menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apa lagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.

Pak Imam
Jom Solat ..

Ibu Man Mengirim


( waktu pagi semasa Man dan ibunya di dapur)

IBU: MAN, Tolong belikan susu 1 tin kat kedai runcit... ERMM.. kalau ada telur, belikan 6 ya..

MAN: Okey mak...

(15 minit kemudian)

MAN: ni dia 6 tin susu...

IBU: kenapa beli susu banyak sangat ni man?

MAN: Bukan ke ibu kata "kalau ada telur,belikan 6".. Tadi, masa kat kedai runcit, man tengok ada telur. Jadi Man belilah 6 tin susu..

dlm hati IBU: anak aku ni terlampau pandai ke lurus bendul ..*&@!?

chicken egg
Ini telur ayam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...