Koleksi cerita kanak-kanak dan cerita lawak untuk anda semua. Kecik besau sesuai blake
Khamis, 17 Mac 2011
Thumbelina
Semut dan Merpati
Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."
Rabu, 16 Mac 2011
Anjing, Ayam Jantan dan Rubah
Anjing dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di ladang. Suatu hari, mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin mula bertiup kencang. Ayam jntan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata anjing. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat sekeliling. untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan diri. Anjing menjumpai sebuah lubang di pangkal pokok. Dia gembira berlingkar di dalam tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok. Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok.
Dia mahu makan ayam itu. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas pokok besar. Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku mahu menjadi sahabatmu. Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual." Ayam jantan tidak mempercayai rubah. "Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok," katanya. "Dia juga pandai menyanyi." Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi. Sahabat!" dia melaung ke dalam lubang. Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu!" Anjing berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula menyalak dengan kuat dan melompat keluar dari lubang. Rubah sangat takut dan melarikan diri. Anjing mengejarnya di dalam hutan. Selepas itu, anjing kembali ke pokok. Ayam jantan memberitahu anjing tentang bagaimana rubah cuba bersahabat dengannya. Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi.

Rubah dan Gagak
Seekor rubah yang kelaparan sedang mencari makanan dalam hutan. Sewaktu berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya. Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak. Dia berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut. Gagak hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat suka dengan pujian rubah. Rubah berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu kamu ratu segala burung!" Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah. Tetapi sebaik sahaja dia mengangakan paruhya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.
Langgan:
Catatan (Atom)