Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Rabu, 16 Mac 2011

Anjing, Ayam Jantan dan Rubah

Anjing dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di ladang. Suatu hari, mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin mula bertiup kencang. Ayam jntan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata anjing. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat sekeliling. untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan diri. Anjing menjumpai sebuah lubang di pangkal pokok. Dia gembira berlingkar di dalam tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok. Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok.
Dia mahu makan ayam itu. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas pokok besar. Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku mahu menjadi sahabatmu. Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual." Ayam jantan tidak mempercayai rubah. "Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok," katanya. "Dia juga pandai menyanyi." Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi. Sahabat!" dia melaung ke dalam lubang. Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu!" Anjing berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula menyalak dengan kuat dan melompat keluar dari lubang. Rubah sangat takut dan melarikan diri. Anjing mengejarnya di dalam hutan. Selepas itu, anjing kembali ke pokok. Ayam jantan memberitahu anjing tentang bagaimana rubah cuba bersahabat dengannya. Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...