Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Sabtu, 23 Julai 2011

Asal Usul Udang Galah Bongkok

     Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar sekali di lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.
     "Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah. Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci akan keangkuhan Udang Galah.
     "Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut. Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera masuk kedalam.
      "Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ..."siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam lubang hidung ikan paus.


     "Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus. Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang. "Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah. 
     Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Jalannya pun mengundur semenjak itu.  

Jumaat, 22 Julai 2011

Kenapa Kelawar Terbang Malam

     Dalam sebuah hutan ada seekor kelawar yang suka mengasingkan diri. Ia tidak mahu bergaul dengan binatang yang lain. Setelah beberapa lama mengasingkan diri, kelawar terasa sunyi. Ia keluar mahu mencari kawan.
     "Kalau begitu, lebih baik aku masuk kumpulan binatang darat. Aku pun bukannya tinggal di udara," kata kelawar bersendirian. Ia pun berjumpa degan ketua kumpulan binatang di darat, iaitu Sang Gajah. "Tuan hamba boleh menjadi ahli kumpulan kami, tetapi mesti bersedia membantu kami sekiranya kami di timpa sebarang kesusahan," kata Sang Gajah.
     Kelawar bersetuju dengan syarat itu. Pada masa itu binatang yang terbang berperang dengan dengan binatang darat di bumi. Kelawar membantu binatang darat. Berkat kesungguhannya, akhirnya kumpulan binatang darat pun menang.
     Beberapa hari kemudian, terjadi pergaduhan yang serupa. Namun kelawar telah berubah hati. Ia pun berjumpa ketua kumpulan binatang udara, iaitu Sang Helang. Sang Helang pun bersetuju memenuhi permintaan kelawar. Dengan bantuannya, kumpulan binatang udara pun menang. Kelawar sungguh bangga menerima puji-pujian.





     Pada suatu hari, kelawar terasa sunyi dan ia teringat akan kawannya dari kumpulan binatang darat. Ia pun berjumpa dengan Sang Gajah kerana ingin bermain-main dengan kumpulannya. Malanynya Sang Gajah tidak mengizinkan kelawar bermain dengan ahli kumpulannya.
     Kelawar berasa sedih dan tiada lagi tempat untuk mengadu. Ia pun kembali semula tinggal kedalam gua. Ia berasa malau untuk menunjukkan dirinya. Kelawar menagbil keputusan untuk keluar pada waktu malam. Sejak hari itulah kelawar hanya keluar dan mencari makan pada waktu malam sahaja.

Rabu, 6 Julai 2011

Padi Emas

       Pada suatu masa, Raja Cahaya Santaka dari kayangan turun bermain-main di bumi. Baginda membawa isteri dan tujuh puteri baginda yang jelita. Ramailah sekalian rakyat jelata mengiringi baginda bermain-main itu.
       Ketika berada di bumi, tujuh puteri baginda itu terlalu suka mandi-manda di sungai yang jernih airnya. Ada banyak batu-batu besar di tebing sungai itu. Ketujuh-tujuh orang puteri itu akan mengutip bunga-bungaan yang berkembang mekar di hutan tempat mereka berhenti itu.
       Ketika di bumi, setiap mereka di bekalkan dengan seuncang padi emas. Selalulah mereka menabur padi emas itu di celah-celah batu. Mereka suka melihat cahaya pantulan emas di celah-celah batu itu.
       Apabila hendak pulang, mereka akan mengutip semula padi emas itu. Padi emas itu akan di masukkan semula ke dalam uncangnya. Begitulah halnya setiap kali mereka turun bermain.

       Pada suatu hari, ketika mereka bermain, puteri yang ketujuh menabur padi emas di celah-celah batu. Tapi malangnya, ketika mereka hendak pulang, semua padi itu telah hilang. Raja Cahaya Santaka terlalu murka akan puteri ketujuh baginda. Menurut baginda satu malapetaka akan terjadi di negeri baginda di kayangan.



       Lalu puteri ketujuh di tinggalkan di bumi untuk mencari padi emas itu. Mereka yang lain semuanya pulang ke kayangan. Puteri ketujuh sentiasalah mencari padi emas yang hilang itu. Bebarapa hari kemudian dia melihat anak benih menghijau tumbuh di celah-celah batu di situ. Makin lama anak benih itu semakin membesar dan akhirnya berbuah.

       Duduklah puteri ketujuh dari musim ke musim menanam padi dari benih yang di dapatinya itu. Akhirnya kawasan padinya semakin luas. Kemudian ramailah orang datang  mengambil benih padi daripadanya. Tidaklah dia pulang kekayangan lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...