Dalam sebuah hutan ada seekor kelawar yang suka mengasingkan diri. Ia tidak mahu bergaul dengan binatang yang lain. Setelah beberapa lama mengasingkan diri, kelawar terasa sunyi. Ia keluar mahu mencari kawan.
"Kalau begitu, lebih baik aku masuk kumpulan binatang darat. Aku pun bukannya tinggal di udara," kata kelawar bersendirian. Ia pun berjumpa degan ketua kumpulan binatang di darat, iaitu Sang Gajah. "Tuan hamba boleh menjadi ahli kumpulan kami, tetapi mesti bersedia membantu kami sekiranya kami di timpa sebarang kesusahan," kata Sang Gajah.
Kelawar bersetuju dengan syarat itu. Pada masa itu binatang yang terbang berperang dengan dengan binatang darat di bumi. Kelawar membantu binatang darat. Berkat kesungguhannya, akhirnya kumpulan binatang darat pun menang.
Beberapa hari kemudian, terjadi pergaduhan yang serupa. Namun kelawar telah berubah hati. Ia pun berjumpa ketua kumpulan binatang udara, iaitu Sang Helang. Sang Helang pun bersetuju memenuhi permintaan kelawar. Dengan bantuannya, kumpulan binatang udara pun menang. Kelawar sungguh bangga menerima puji-pujian.
Pada suatu hari, kelawar terasa sunyi dan ia teringat akan kawannya dari kumpulan binatang darat. Ia pun berjumpa dengan Sang Gajah kerana ingin bermain-main dengan kumpulannya. Malanynya Sang Gajah tidak mengizinkan kelawar bermain dengan ahli kumpulannya.
Kelawar berasa sedih dan tiada lagi tempat untuk mengadu. Ia pun kembali semula tinggal kedalam gua. Ia berasa malau untuk menunjukkan dirinya. Kelawar menagbil keputusan untuk keluar pada waktu malam. Sejak hari itulah kelawar hanya keluar dan mencari makan pada waktu malam sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hilang tension tak?