Alkisah Halim, seorang pemuda kampung yang amat kedekut. Ramai yang tidak senang dengan sikapnya itu. Halim amat menaruh hati pada Kalsom anak Pak Imam. Oleh kerana hendak memikat hati Kasom dan ayahnya, Halim selalu berjemaah di surau cukup 5 waktu.
Suatu hari Halim megikuti ceramah kerana dia tahu Kalsom pun hadir. Ketika tabung derma diedarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan sumbangannya ke dalam tabung derma itu sambil menjeling kearah imam. (sebenarnya tak banyak pun ,,sehingget je)
Tiba-tiba, seorang pakcik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikan tiga keping duit kertas yang berjumlah RM300 kepada Halim secara menyorok-nyorok. Halim tersenyum, dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma itu juga. Lagak Halim, seolah-olah dia yang membuat sumbangan sambil tersengeh kepada Pak Imam. Dalam hatinya ..harap-harap Kalsom nampak.
Note seratus |
Semasa menyarung selipar semasa hendak pulang, pakcik di belakang Halim kembali menepuk bahunya dan Halim mendengar bisikan dari pak cik itu “Encik”, kata pak cik tersebut, duit RM300 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hilang tension tak?