Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Khamis, 17 Mac 2011

Thumbelina

    Kononnya, ada seorang perempuan yang terlalu inginkan anak. Seorang pari-pari tua memberi perempuan itu sebiji benih, "Tanamlah benih ini. Ia akan berikan kamu seorang anak!" Perempuan itu menanamnya. Tidak lama kemudian, tumbuh sekuntum bunga yang besar dan cantik. Di tengah-tengah bunga itu, ada seorang budak perempuan! Budak erempuan itu dinamakan Thumbelina kerana ketinggiannya  hanya sebesar ibu jari. Dia periang, baik hati dan sangat suka menyanyi. Walaupun semakin dewasa, badan Thumbelina tidak membesar. Suatu malam, seekor kodok yang besar dan hodoh menculik Thumbelina. "Kamu akan berkahwin dengan anakkku. Kemudian, kamu akan memasak dan mengemas untuk kami!" kata kodok itu.Thumbelina meminta pertolongan daripada ikan bagi melepaskan dirinya. Beberapa ekor ikan berasa kasihan, lalu menariknya ke atas daun teratai dan membanya ke kediaman seekor tikus tua. Tikus tua sangat gembira menerima Thumbelina  tinggal bersamanya. Jiran tikus tua itu, Mr. Mole, suka mendengar Thumbelina menyanyi dan dia mula mengunjungi mereka.  Suatu hari, Mr. Mole menunjukkan rumahnya yang berada di bawah tanah kepada Thumbelina. Kemudian, Mr. Mole menyatakan hasratnya untuk mengahwini Thumbelina. Thumbelina sungguh terkejut. Dia enggan mengahwini Mr Mole! Selepas meminta pertolongan daripada burung biru, Thumbelina dibawa  terbang ke negeri ajaib. Semua penduduk di situ setinggi Thumbelina! Thumbelina berkahwin dengan  putera yangan kacak dan hidup bahagia selama-lamanya.

Semut dan Merpati

Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok. Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Rabu, 16 Mac 2011

Anjing, Ayam Jantan dan Rubah

Anjing dan ayam jantan adalah dua sahabat yang tinggal di ladang. Suatu hari, mereka pergi berjalan-jalan di dalam hutan. Tiba-tiba langit menjadi gelap dan angin mula bertiup kencang. Ayam jntan berkata, "Alamak, hari nak hujan!" "Elok kita jangan teruskan perjalanan," kata anjing. "Kita boleh bermalam di sini." Mereka pun melihat sekeliling. untuk mencari tempat tidur. Ayam jantan menjumpai sepohon pokok besar. Pokok itu akan melindungi mereka daripada hujan. Dia terbang ke atas dahan dan selesakan diri. Anjing menjumpai sebuah lubang di pangkal pokok. Dia gembira berlingkar di dalam tempat yang hangat dan kering itu. Dua sahabat itu tidur nyenyak sepanjang malam. Tiba waktu subuh, ayam jantan pun bangun dan mula berkokok. Seekor rubah terdengar ayam jantan berkokok.
Dia mahu makan ayam itu. Sebentar kemudian dia menjumpai ayam jantan di atas pokok besar. Rubah berkata, "Kamu mempunyai suara yang sungguh merdu! Aku mahu menjadi sahabatmu. Turunlah ke bawah supaya kita boleh berbual." Ayam jantan tidak mempercayai rubah. "Kamu patut bercakap dengan sahabatku yang ada di pangkal pokok," katanya. "Dia juga pandai menyanyi." Rubah menyangka sahabat itu ialah seekor ayam lagi. Sahabat!" dia melaung ke dalam lubang. Marilah keluar dan nyanyikan sebuah lagu!" Anjing berasa marah kerana dikejutkan daripada tidur. Dia mula menyalak dengan kuat dan melompat keluar dari lubang. Rubah sangat takut dan melarikan diri. Anjing mengejarnya di dalam hutan. Selepas itu, anjing kembali ke pokok. Ayam jantan memberitahu anjing tentang bagaimana rubah cuba bersahabat dengannya. Mereka mentertawakan rubah yang malang itu. Tidak lama kemudian, dua sahabat itu selamat sampai di ladang dan mereka tidak pernah melihat rubah itu lagi.

Rubah dan Gagak

Seekor rubah yang kelaparan sedang mencari makanan dalam hutan. Sewaktu berjalan melepasi sepohon pokok, dia terdengar bunyi di atasnya. Dia mendongak dan ternampak seekor gagak bertenggek di sebatang dahan. Gagak sedang menggigit secebis daging pada paruhnya. Rubah cuba mencari jalan untuk mendapatkan makanan gagak. Dia berfikir sungguh-sungguh dan akhirnya mendapat satu akal. "Apa khabar, Cik Gagak?" tanya rubah dengan suara yang lembut. Gagak hanya memandang ke arahnya dan menganggukkan kepala. "Kamu ialah seekor burung yang cantik," kata rubah. "Bulu kamu sungguh cantik!" Gagak sangat suka dengan pujian rubah. Rubah berkata,"jika suara kamu menyanyi semerdu wajah kamu yang cantik, tentu kamu ratu segala burung!" Gagak sangka dirinya memang pandai menyanyi, maka dia pun menyanyi untuk rubah. Tetapi sebaik sahaja dia mengangakan paruhya, cebisan daging itu terjatuh ke tanah. Rubah mentertawakan gagak yang bodoh ketika melarikan daging itu.

Khamis, 10 Februari 2011

Harimau Dengan Bayangnya

    Di dalam sebuah hutan ada seekor harimau yang besar dan garang. Semua binatang yang kecil takut akan dengan harimau itu. Apabila sang harimau mengaum, semua binatang akan bersembunyi. Binatang yang tidak sempat bersembunyi pasti akan menjadi mangsa harimau tersebut.
    Pada suatu hari, sang kancil sedang mencari makanan di satu kawasan yang redup. Ia seronok memakan daun-daun muda. Tiba-tiba ia terdengar bunyi ranting patah dari arah belakangnya. Ia terus menoleh. Ia nampak seekor harimau sedang menghampirinya.
    Harimau itu mengaum dengan kuatnya dan sungguh menakutkan dan sang kancil tidak sempat untuk melarikan diri. "Kali ini kau tidak boleh lari kan diri lagi, aku akan makan kau, kancil!," kata harimau dengan garang. "Kalau engkau makan aku, kau akan di makan oleh binatang yang lebih besar," kata sang kancil.
    "Binatang yang mana pula berani melawan ku?" tanya harimau dengan marah. "Pagi tadi aku berjumpa dengan seekor harimau yang jauh lebih besar dari mu. Kata harimau itu dialah harimau yang paling kuat di hutan ini." kata  kancil. Harimau menjadi sangat marah dan mengaum dengan sekuat hati.
    "Tunjukkan aku di mana harimau yang angkuh itu. Aku akan mengalahkannya," kata harimau dengan nada yang amat angkuh.
    Kancil pun berlari pantas meninggalkan tempat itu dan harimau terus mengekori. Sekali sekala harimau mengaum kerana marah. Semua binatang lain bertempiran lari ketakutan tetapi merasa pelik kenapa harimau hanya mengekori kancil pada hal mudah untuk harimau membaham kancil. Sampai di sebuah kolam, kancil pun berhenti.
  "Di sini lah aku berjumpa dengan harimau itu, cubalah kamu tengok, aku takut" kata kancil. Harimau pun menjadi lebih marah dengan kata-kata kancil. Ia pun menjenguk ke dalam kolam dengan beraninya. Bayang-bayangnya segera muncul di permukaan air yang jernih dan tenag itu. Harimau mengaum dan membuka mulut seluas-luasnya menunjukkan taringnya yang panjang dan tajam. Harimau di dalam kolam pun membuka mulut seluas-luasnya.
   "Kalau engkau harimau yang paling kuat, pergilah lawan dan tewaskannya," kata Kancil. Harimau bertambah berang dan terus terjun mendapatkan harimau itu ambil mengeluarkan kukunya yang tajam. Bila ia terjun, bayang-bayang pun hilang. Barulah ia sedar yang ia telah di tipu oleh kancil. Harimau untuk naik ke tebing kolam tetapi tidak berjaya kerana tebing itu tinggi. Kancil pun sudah melarikan diri. Oleh kerana terlalu angkuh, akhirnya harimau tewas dengan bayang-bayang sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...