Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Rabu, 28 Disember 2011

Budak yang Malas

"Rai, kamu sudah besar panjang. Kamu mesti rajin bekerja. Nanti kamu sendiri yang susah kalau malas bekerja,"      kata abang Rai.

Rai tidak mengendahkan nasihat abangnya. Sebaliknya dia terus berlari menuju ke hutan.

Kerana terlalu penat berjalan seharian Rai tertidur di tepi banir sepohon kayu yang besar. Tidak lama kemudian dia bermimpi roh ayahnya.

"Rai, sampai bila kamu mahu jadi budak yang malas?" tanya roh itu.

Tiba-tiba Rai terjaga dan sedar bahawa rupanya dia bermimpi.

Pada suatu hari, abangnya menyuruh Rai menjaga anak-anaknya. Apabila abangnya sudah tiada, Rai terus makan apa sahaja yang ada di dapur. Selepas itu, dia memetik jari untuk  memangil Si Meot, kucing mereka.

"Untung kamu, Meot. Kamu pun asyik bermain, makan dan tidur, tapi tak dimarahi," kata Rai.

Selepas itu Rai pun tidur.






Alangkah hampanya hati abang Rai apabila dia balik ke rumah pada petang itu, Rai masih tidur dengan nyenyak.

Apabila Rai terjaga abangnya terus memarahinya.

"Pergi kamu dari sini! Bela Si Meot tu lebih baik daripada bela kamu ini! Tak pandai langsung nak jaga hati orang lain," kata abang Rai. Rai terus lari ke dalam hutan. Dia mencari buah-buahan liar di dalam hutan. Dia makan sebanyak mungkin sehingga dia tertidur lagi.

Apabila sedar dia pun bangkit untuk pulang semula ke rumah abangnya. Namun Rai berasa tidak selesa dengan kedua-dua kakinya. Dia pun merangkak dengan kedua-dua tangannya sekali.

Apabila hampir di rumah abangnya, dia dapati kesemua anak abangnya memetik jari ke rahnya sambil bersuara manja.

"Eh, kucing siapa ni, pagi-pagi lagi dah datang ke rumah kita?" soal abangnya kepada anaknya.

Rai undur setapak. Dia dapati kesemua badannya ditumbuhi bulu halus dan tanannya mempunyai cakar macam Si Meot. Barulah Rai sedar yang dia sudah bertukar menjadi seekor kucing malas yang kelaparan.     

Isnin, 26 Disember 2011

Umur Dinosaur


Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab
Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, boss bagitau, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.
Pakcik: ^%#@


Ni lah rupanye dinasour tu 


Sabtu, 24 Disember 2011

Penggemar Telur rebus

Aku baru berkahwin setahun yang lepas.Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran – iaitu makan telur rebus.

Aku pun tak tahulah kenapa aku suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah takpekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak sedap-sedap..So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus …


Ceritanya bermula begini, satu hari masa aku balik dari kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun tipon bini aku.. katakan yg aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah la satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus..lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumahaku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Sambil tu dia memberikan suatu benda ..aku rasa empat segi leper.. Apa bende nih...? Perut pulak buat hal,terasa nak pergi toilet pulak tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya…bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!!..~ fuh bau jangan cakap beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan kasi kurang sikit bau dia… bau telur tembelang…………Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh~ tak tahan aku bau dia, power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh….lega…~’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah-rumah aku pun ada!!. ?jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis……..!! Dah lama…Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!’..







Khamis, 22 Disember 2011

Jangan Menyampuk


   Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, aku singgah sekejap di KLCC. Ada sesuatu untuk aku beli. Ketika aku sedang mencari barang dibeli, tiba-tiba perut aku terasa memulas. Apalagi aku pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas aku tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi aku pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, aku terdengar orang dari sebelah bersuara,
"Haa, camna sekarang ?"
Aku pun bukan suka nak berbual dengan orang yang aku tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya aku balas juga, "Ok gak ler". Kemudian suara tu bertanya lagi,
"Kau nak gi mana ni??"




Iskk... Aku mula rasa musykil... tapi aku balas, "Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit"
Lepas suara tu bertanya lagi, "Bila kau nak gerak ni??". Aku selamba jer kata, "Lepas aku sudah ni,
habis beli aku chow la".
Kemudian aku terdengar lagi suara org sebelah tu berkata....
"Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Rabu, 21 Disember 2011

Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami memanggil semua ahli keluarganya untuk berbincang.

Suami: Ini dah melampau, gunakan telefon sesuka hati! Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja!

Isteri: Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak: Oh sorry....saya gunakan SMS aja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Pembantu rumah @ Bibik : Loh, apanya kalian ribut-ribut? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja, sama juga dengan saya!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...