Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Sabtu, 24 Disember 2011

Penggemar Telur rebus

Aku baru berkahwin setahun yang lepas.Kami duduk berdua sahaja sebab masih belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran – iaitu makan telur rebus.

Aku pun tak tahulah kenapa aku suka sangat makan telur rebus, mungkin sedap agaknya.Sebelum aku kahwin, aku memang gila sesangat ngan telur rebus. Pagi petang siang malam asyikkk makan telur rebus.Tapi sejak aku kahwin,aku terpaksalah berkorban,iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah takpekena telur rebus ni.. sebab setiap hari orang rumah aku masak sedap-sedap..So aku dah tak kisah lagilah pasal telor rebus …


Ceritanya bermula begini, satu hari masa aku balik dari kerja,tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun tipon bini aku.. katakan yg aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah la satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi dengan telur rebus..lepas tu aku order lagi 3 biji telur rebus untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumahaku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ‘surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala aku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Sambil tu dia memberikan suatu benda ..aku rasa empat segi leper.. Apa bende nih...? Perut pulak buat hal,terasa nak pergi toilet pulak tapi malaslah nak spoilkan ‘surprise’ isteriku ini. Aku pun tahan ler…

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance la, aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya…bau boleh tahan… maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi… Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!!..~ fuh bau jangan cakap beb.. aku sendiri pun tak tahan bau dia… aku kipas pakai tangan kasi kurang sikit bau dia… bau telur tembelang…………Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi… hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa nak kentut lagi lah, kali ni memang aku rasa power punyalah..aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu… PRRROOOOOTTT!!!!… fuhh lega… bergegar sikit meja makan dibuatnya… peh~ tak tahan aku bau dia, power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut ‘ahhhh….lega…~’. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..

Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata ‘SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!’ dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le… camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong… ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam bapak dan mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah-rumah aku pun ada!!. ?jadi aku pun nak cover malu, aku tanya ler kat pak mertua aku. ‘dah lama ke pak sampai?’.Dan pak mertua aku pun jawab dengan nada sinis……..!! Dah lama…Sebelum kentut ko yang pertama lagi!!’..







4 ulasan:

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...