Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Isnin, 10 Januari 2011

Mengapa Kera Tiada Berumah


Cerita kanak-kanak. Ada sekumpulan keluarga kera. Mereka tinggal di dalam hutan. Mereka tidak mempunyai rumah. Apabila malam, mereka berteduh di atas pokok-pokok kayu.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Maka kera-kera itu pun menjadi kelam kabut. Mera berlompatan kesana kesini mencari tempat berteduh. Anak dan isteri kera bertanya, bilakah mereka akan memiliki rumah. Bapa kera berjanji akan membina rumah apabila hujan teduh.
Setelah hujan berhenti, kera-kera itu berlompatan riang sambil mencari makanan. Soal membuat rumah di lupakan begitu sahaja. Apabila hujan turun lagi, kera-kera tersebut sbuk mencari tempat berteduh. "Hujan turun lagi lah bang. Kalau kita ada rumah, kan senag untuk kita berteduh," kata isteri kera. "Ya lah Pak, kenapa tak buat rumah lagi?" bertanya pula si anak kera. "Ah nantilah. Bila hujan teduh kita akan buat rumah," balas bapak kera si kera jantan.
Namun bila hujan berhenti, segala-galanya di lupakan begitu sahaja. Janji tinggal janji, segalanya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya mereka hanya bergembira dan hanya teringat kembali bila hujan tiba. Bila hujan berhenti, segalanya akan lupa kembali. Hingga hari ini tiada satu keluarga kera pun yang mempunyai rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...