Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 3

Zara kehairanan melihat kesibukan mama dan Mak Da di dapur. Memasak pelbagai jenis hidangan.
“Ada orang hendak datang?”
Puan Kamilia berpaling. “Kamu tolong mama potong buah tembikai susu dan betik ini. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nanti sebelum makan malam, bolehlah kita makan.”
Zara menurut sahaja. Sambil tangannya memotong tembikai susu menjadi empat, sesekali dia menjeling mama yang kelihatan kalut.
“Mama, siapa yang hendak datang?”
“Selepas potong buah,kamu tolong mesin buah oren ya. Buat jus.”
“Mama, siapa yang hendak datang?” Zara menguatkan suara. Mungkin mamanya tidak dengar.
“Mak Da tolong hulurkan udang.”Puan Kamilia memang kelihatan sibuk. Tidak menang tangan.
Geram pula Zara dibuatnya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
“Mak Da, siapa yang hendak datang?” Zara mencuba nasib dengan mak Da pula. Sungguh, keadaan di dapur petang itu luar biasa. Separti hendak mengadakan kenduri pula. Kenduri apa? Rumah terbuka? Mama jarang menganjurkan rumah terbuka. Hari raya pun biasa-biasa sahaja.

Mak Da berpaling, tersenyum memandang Zara.”Nanti kamu tengoklah sendiri.”
Amboi, hendak berahsia pula. Ish… adakah Puan Kamilia mahu mengenalkan teman lelakinya kepada Zara? Tiba-tiba sahaja Zara terfikir, tidak mustahil itulah kejutan yang menantinya. Melihatkan gaya mama yang serba kalut, Kebarangkaliannya sanagt tinggi. Tetapi, seingat Zara, tidak pernah pula mama bercerita fasal lelaki dalam hidupnya. Tidak pernah pula mama membayangkan yang dia mahu berkahwin semula. Ataupun mungkin mama menungu saat yang sesuai bagi memberitahu Zara? Malam ini adalah saat itu? Mungkin begitu? Tiba-tiba degupan Zara terasa sangat pantas. Seram sejuk dia dibuatnya.
Selesai memotong tembikai susu dan betik, Zara duduk memerhati kesibukan Puan Kamilia dan Mak Da.
“Kamu sudah buat jus?”
“Alamak!”
“Ish kamu ni!”
Zara segera memesin buah oren seperti yang diarah. Sesekali dia memandang mamanya lagi.
Semasa memasukkan jag berisi buah oren ke dalam peti sejuk, suara mamanya member arahan bergema, “Kamu pergi mandi, sekejap lagi maghrib, terus solat. Pakai baju yang mama sudah gantung di bilik kamu.”
Arahan Puan Kamilia membuatkan Zara semakin kehairanan. Perasaan mahu tahu meluap-luyap dalam dirinya. Oh, siapakah tetamu VVIP yang mahu bertandang ke rumahnya hinggakan dia perlu berdandan rapi?
Dia melangkah ke ruang atas dengan tanda tanya tanpa jawapan. Mengapa mendadak?Selamai ini tidak pula mama member petunjuk ada perkara penting akan berlaku?
Zara merenung baju yang tergantung di almari biliknya. Jubah seluar berwarna coklat cair itu adalah baju hari raya Aidiladha yang lalu. Dia memakainya semasa ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya. Sekali itu sahaja dipakainya. Dia perlu memakai jubah itu bagi makan malam di rumahnya sendiri? Selalunya dia memakai baju tidur sahaja. Tidak perlu berdandan rapi pun. Ini siap dengan tudung. Mujur Puan Kamilia tidak suruh dia bersolek. Hmm… memang ada yang tidak kena.
“Zara, kamu buat apa lagi termenung di situ?” Puan Kamilia menjenguk.
“Mama, siapa tetamu penting itu?”
Puan Kamilia tersenyum.. “Nanti apabila dia datang, mama kenalkan.”
“Mama nak kahwin ya?” Laju sahaja Zara bertanya.
“Ish… ke situ pula kamu. Sudahlah, pergi mandi.” Puan Kamilia menghilang di sebalik daun pintu.
Zara mengeluh. Sekiranya bukan teman lelaki Puan Kamilia, siapa?
Zara memandang tetamu di hadapannya. Debaran yang dirasakan tadi sudah hilang, namun rasa bosan menjengah hatinya.. Tidak ada orang lainkah? Perlukah mama menjemput mereka? Zara terkenang perbualan dengan mamanya dahulu. Tidak sangka pula mama serius. Ingatkan main-main sahaja. Rupa-rupanya, memang mama bersungguh-sungguh mahu menjemput jiran baru mereka makan malam di rumah sabagi sesi perkenalan. Hairan dan sedikit kagum Zara dibuatnya. Sejak bila mama berminat bergaul. Mesra dengan jiran tetangga?
Mama yang Zara kenal adalah seorang yang buat hal sendiri. Malah sikap itu yang diwarisi Zara. Ya. Sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu, mereka jarang menghadiri majlis-majlis yang diadakan di situ. Sekali-sekala ada juga. Itupun apabila ada majlis yang betul-betul penting seperti kenduri arwah ataupun majlis perkahwinan. Pada masa lain, kehidupan keluarga kecil itu seperti hadup dalam dunia sendiri.
Sementara Puan Kamilia dan Mak Da menyiapkan hidangan di meja makan, tetamu dihidangkan dengan buah-buahan di ruang tamu. Zara ditugaskan menemani mereka. Kekok Zara dibuatnya.
Zara memandang Adam. Kemudian papa Adam, Encik Muhammad Kemudia televisyen di hadapannya. Siaran berita. Zara berkira-kira. Sekarang baru pukul 8.o6 malam. Mungkin makan malam bermula pukul 8.12. Mengharapkan tetamu pulang pukul 8.3o malam adalah harapan yang 99.9 peratus mustahil. Paling tidak pun, tetamu pulang selepas 4o minit 1 jam kemudian.
Televisyen di rumah itu hanya sebuah. Puas dipujuk mama membeli sebuah lagi bagi diletakkan di ruang atas ataupun lebih mudah di dalam biliknya sahaja. Kata mama masih jelas dalam ingatannya. Jangan mimpi!
Drama bersiri Korea kegemarannya bermula pukul 8:3o malam. Hmm…maksudnya? Membiarkan mama dan Mak Da melayan tetamu dan dia melayan diri menonton televisyen bererti mengundang jelingan maut mama. Juga akan memalapkan harapannya mahu mama membelikan box set ceritaitu.
Hendak menonton secara online, lupakan sahaja.Silap hari bulan, Internet rumah itu dipotong dan penggunaan komputer Zara akan dipantau. Zara sangat memahami mamanya. Walaupun sporting, tetapi mama bertegas dalam sesetengah perkakara.Katanya, dia tidak mahu Zara leka. Yalah. Cubaan kali pertama memang menyeronokkan. Kali kedua, kali ketiga dan akhirnya menjadi kebiasaan yang sukar ditinggalkan. Jadi, Puan Kamilia tidak mahu Zara ketagih menonton drama-drama secara online sehingga menjejaskan tumpuan pada pelajaran.
Mujur Ugly Betty bermula pukul 9:3o malam. Sekurang-kurangnya, pelung dia menonton siri itu lebih cerah!
“Awak memang pakai jubah seluar apabila mahu makan malam ya?” Soalan yang tidak relevan. Zara membuat muka bosan merenung Adam. Sekiranya ya pun tidak ada idea, perlukah soalan itu ditanya?
“Oh, awak pakai begini sebab ada tetamu.”Adam menjawab sendiri apabila Zara hanya memandangnya dengan mimic muka tiada perasaan.
“Pakcik, jemputlah makan buah ini.”Zara anggap itu cara dia berbahasa. Yalah, mama pesan dupaya dia bersopan.
Adam memerhati sekitar ruang dalam rumah itu. Kemudian dia memandang Zara. Dia memang berminat mahu merancakkan suasana yang ternyata hambar dan kekok. Bersungguh-sungguh dia mahu berbual. “Ayah awak mana?” Adam dengan selamba bertanya.
Encik Muhammad tersedak. Mujur hanya tertelan potongan kecil buah betik. Adam dan Zara memandangnya.
“Papa okey?” tanya Adam.
Encik Muhammad mengangguk. Dicapai gelas berisi air suam.
“awak belum menjawab soalan saya.” Adam kembali memandang Zara.
Bulat mata Zara. Macam mana ya hendak menjawab soalan itu?
“Tak ada.”
“Tak ada? Pergi mana?”
“Awak dah berapa lama pindah ke sini?”
“Esok genap tujuh hari.” Adam tersengih.
“Dalam tempoh ini, awak pernah nampak ada lelaki yang sesuai dipangil papa keluar masuk rumah ini?”
Adam menggeleng”sebab itu saya tanya. Manalah tahu ayah awak outstation.”
Zara tersenyum kelat. Prihatin sungguh Adam.
“Ayah saya sudah tiada.”
“Tiada?”
“Dia dah lama meninggal dunia.” Laju sahaja kata-kata itu meluncur dari bibir Zara.
Tersembur keluar air dari mulut Encik Muhammad. Adam dan Zara memandang pelik.
“Pakcik okey?Sekejap saya ambilkan tuala. Habis basah baju pakcik. Nasib baik air suam sahaja.”
“Tandas di mana?”
“Sebelah dapur.”
“Mari makan.” Puan Kamilia muncul ketika Encik Muhammad baru dua langkah ke hadapan.
“Saya hendak ke tandas.”
“Oh, mari sya tunjukkan.”Puan Kamilia memandang Zara. “Zara, bawa Adam ke meja makan.”
“Adam bersin sebaik sahaja duduk di kerusi meja makan. Bersin tanpa henti.
“Jangan hidangkan jus oren.” Suaranya sedikit keras, diselang bersin beberapa kali.
Mak Da terpinga-pinga. Zara juga.
“Awak mengapa?”
“Dia alergi dengan buah oren.” Encik Muhammad menjelaskan.
“Yakah?Mak Cik minta maaf. Mak Cik tak tahu.” Pantas PUan Kamilia menyuruh Mak Da membawa jag berisi jus oren ke dapur.
“Mak cik minta maaf, ya. Mak cik betul-betul tak tahu.” Bagi Zara, rasa bersalah yang ditunjukkannya melampau. Tidak perlulah berulang kali meminta maaf. Memang logic mama tidak tahu memandangkan sebelum ini mereka saling tidak mengenali.
“Tidak mengapa. Sedikit sahaja.” Encik Muhammad menenangkan Puan Kamilia yang dipenuhgi rasa bersalah.
“Maaf, saya tidak tahu,” ulang Puan Kamilia.
Zara terus memerhati mamanya. Biar betul? Mama hamper menangis? Mengapa perlu rasa bersalah hingga tahap itu? Sungguh, Zara tidak nampak di mana logiknya mama mahu menangis kerana insiden kecil itu. Dalam hati, Zara mengeluh. Rasa terlalu panjang perjalanan bagi makan malam pada malam itu. Aduhai… perutnya sudah lama berbunyi.
Mak Da muncul semula. Kali ini membawa jag berisi jus tembikai. Mujur petang tadi Puan Kamilia tergerak hati mahu menyediakan dua jenis jus.
Akhirnya, sesi makan malam bermula juga. Semua sudah sedia menjamah. Encik Muhammad membaca doa makan.
“Mak Da tidak makan sekali?” tanya Zara apabila melihat Mak Da menuju ke dapur. Pelik melihat Mak Da seperti takut-takut dan tunduk hormat sepanjang masa. Tunduk pada siapa? Hormat pada siapa? Rasa seperti terlalu formal pula.
Memanglah Mak Da pengasuh merangkap pembantu rumah. Tetapi Mak Da sudah menjadi sebahagian daripada keluarga itu. Sudah menjadi rutin Mak Da makan bersama Puan Kamilia dan Zara. Sarapan pagi, makan tengah haroi ataupun makan malam. Cuma malam itu Mak Da kelihatan pelik.
“Tidak apalah, kamu makan dulu. Nanti Mak Da makan.”
“Mengapa pula? Macam tak biasa pula.”
“Ada tetamu,” Mak Da separuh berbisik.
“Mak Da makanlah sekali dengan kami,”Puan KAmilia menyampuk.
Mak DA semakin serba salah. Matanya memandang Encik Muhammad. Encik Muhammad tersenyum memandang Mak Dad an kepalanya terangguk sedikit. Mak Da mengganguk lalu menarik kerusi. Duduk menyertai yang lain. Zara secara tidak sengaja terpandang situasi itu. Dia menggaru kepala. Pelik.
“Jemputlah makan, jangan malu-malu.” Puan Kamilia tersenyum memandang Adam.
Budak lelaki itu hanya tersenyum nipis seraya menganggukkan sedikit kepala. Matanya meliar memandang hidangan yang meriah di atas meja.Bermacam-macam hidangan yang memang menyelerakan bagi orang yang hobinya makn dan makan. Ada ikan kerapu masak masam-masam manis, udang sederhana besar goring kunyit, ikan keli masak lemak cilia pi, sayur campur, kalian ikan masin, tomyam sotong. Pendek kata, memang rambang mata dibuatnya.
Masaalahnya, Adam orang yang cerewet serta sangat menitikberatkan soal makanan. Diringkaskan, Adam tidaklah begitu teruja melihat hidangan yang ditawarkan oleh tuan rumah. Tekaknya pada masa itu teringin hendak makan salad dansup sayur sahaja. Ada ikan kukus pun sedap. Senang cakap, Adam sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan kurang berminat dengan makanan berminyak.
“Salad ada?” Adam tersenyum.
“Salad? Ada, sekejap ya mama ambil.”
“Mama?” Zara terjerit.
“Eh, makcik. Tersasul pula. Rasa seperti bercakap dengan Zara pula.” Puan Kamilia tersenyum sebelum bangkit menuju ke dapur.
“Tapi, salad itu saya punya,” Zara menyampuk. Tidak puas hati. Banyak ragam pula tetamu ini. Sudah datang rumah orang, makan sahajalah apa-apa yang dihidangkan!
“Banyak lagi salad itu. Bukannya habis puan Adam makan.” Puan Kamilia bersuara serayamenjeling Zara.
Zara muncung. Semakin menyampah dia dengan Adam.
“Tidak mengapa. Tidak perlu ambil salad itu..” Encik Muhammad bersuara. Puan Kamilia serba salah.
“Adam, makan sahaja apa yang ada. Banyak lauk ni. Tentu sedap semuanya.” Mendatar Encik Muhammad menegur. “Tidak perlu dilayan permintaan Adam. Sudah ada sayur campur, hendak salad pula.”
“Tetapi diet saya?”
“Sekali-sekali, takkan gemuknya! Tak sempat puan tahap kolestrol kamu naik.”
Adam tanpa banyak ragam lagi aku oada arahan papanya. Tangannya mula mencedok lauk. Zara tersenyum puas.
Zara mengeluh. Sudah makan malam, mahu duduk berbual di ruang tamu pula? Musykil Zara dibuatnya. Hampir pukul 9:15 malam tetapi tidak ada tanda-tanda tetamu mahu pulang. Malah, Mak Da menghidangkan kopi.
Ikutkan hati Zara mahu naik ke biliknya. Malas mahu mahu berada di ruang tamu tetapijelingan Puan Kamilia membantut hajatnya. Dalam keadaan separuh hati, Zara duduk juga bersama mereka.
“Zara bersekolah di mana?”
“Sekolah Seksyen 3.”
“Adam puan nanti sekolah di situ.”
“Oh….” Zara tidak berminat mahu tahu.
“Mungkin sekelas maklumlah kamu sebaya,” tambah Puan Kamilia.
“Baguslah, dapatlah kamu berkawan. Bukan apa, kami baru pindah, jadi Adam tidak ada kawan di sini.”
“Zara pun bukannya adaramai kawan. Asyik berkurung dirumah. Paling tidak pun, merayap dengan skuter dia.” Puan Kamilia mungkin terlupa, didkannya yang membuatkan Zara terbiasa tidak ada kawan. Bukankah sejak kecil Puan Kamilia mengawal pergaulan Zara?
“Zara pandai bawa skuter? Jadi, kamu ke sekolah menaiki skuter?”
Zara terus merenung jam di dinding.Kurang menumpukan perhatian kepada perbualan orang tua. Adam juga kelihatan bosan. Asyik menjengah ke luar.
“Kamu mengapa?” Encik Muhammad menegur Adam.
“Saya rasa mungkin D-Raja mengiau, mungkin lapar. Sebelum tidur , dia minum susu.
“Awal lagi.” Encik Muhammad member isyarat supaya Adam tidak lagi sibuk menjengah.
“Adam ada bela kucing?”
“Ya, kucing jantan. D-Raja sesuai dengan statusnya.”Adam tersenyum.
“Status?” Zara menyampuk.
“Err…kucing jantan yang kecak dan bujang.”
“Heh?” Zara tidak nampak kaitannya. Tetapi dia malas bahu bertanya lebih lanjut. Malas mahu memberi peluang Adam merapu.
“Rasanya eloklah kami balik dulu.”
“Eloklah tu.” Semua mata tertumpu pada Zara. Alamak! Terlepas pula. Mata Puan Kamilia sudah terjegil.
“Maksud saya, eloklah sebab Adam kelihatan risau. Elok pergi tengok D-Raja, manalah tahu sudah nazak kebuluran.” Zara tersenyum.
“Tidaklah sampai kebuluran!” Adam membalas seraya menjeling Zara.
Encik Muhammad bangun. Tersenyum seketika memandang Zara. “Lupa pak cik nak kata, kamu kelihatan cantik berjubah coklat. Warna ini memang sesuai dengan kamu.” Kata-kata Encik Muhammad yang tidak disangka-sangka itu membutkan hidung Zara kembang. Yalah, tidak sia-sia dia berjubah. Nampaknya pilihan mama memang tepat!
“Ada masa, Zara datanglah rumah pakcik. Berkawan dengan Adam.” Ajakan yang pada Zara sukar dipenuhinya. Zara hanya tersenyum sopan tetapi senyumannya hilang apabila matanya bertentang dengan Adam.
Berkawan dengan Adam? Ish… tolonglah!
Malam itu, ketika Zara sedang bebaring sambil mengulang membaca novel kegemarannya, Dunia Ini Sederhana Kecil, Puan Kamilia masuk ke biliknya. Biasa, mereka sering berbual dari hati ke hati. Hubungan mereka memang rapat. Bagi Zara, Puan Kamilia bukan sahaja ibu tetapi kawan yang berkongsi banyak perkara.
“Apa pandangna kamu?” Puan Kamilia duduk di sisi Zara. Zara yang mulanya baring, menukar posisi. Mereka sama-sama duduk melunjur kaki.
“Pandangan fasal apa?”
“Jiran baru kita.”
“Okeylah.” Zara malas mahu mengulas lanjut. Dia tahu mamanya cukup berkenan dengan jiran baru mereka. Malangnya, dia tidak memiliki rasa yang sama.
“Mama rasa Adam budak baik dan bersopan. Kelihatan pintar juga. Kamu patut berkawan dengan dia.”
Zara hanya diam, Oh, sejak bila mama beria-ia mahu dia berkawan? Semasa kecil, mama terlalu melindunginya. Tidak membenarkan dia rapat dengan sesiapa pun. Kemudian, apabila dia tingkatan satu, pernah juga mama menyuruhnyamencari kawan rapat, termasuk mengenalkan dia dengan anak jiran yang selang tiga buah rumah dari rumah mereka. Malangnya, Zara tidak berminat. Baginya gadis itu terlalu lemah lembut dan bersopan. Berbeza dengan Zara yang kasar. Lagi pula,mereka tidak memiliki topic yang sama. Akhirnya, Puan Kamilia membiarkan sahaja Zara dengan sikapnya yang tidak ramai kawan. Apatah lagi, sia sendiri begitu. Bukannya ada ramai kawan.
“Mengapa mama beria-ia?”
“Mama cuma rasa merekaorang baik-baik.”
“Mama suka Pakcik Muhammad?”
Puan Kamilia ketawa. Zara rasa ada yang tidak kena pada ketawa mamanya itu. Seperti mahu menyembunyikan sesuatu.
“Mama suruh kamu berkawan dengan anaknya, lain pula yang kamu sangkakan.”
Zara menghembus nafas. “Saya rasa dia berlagak. Saya malas mahu berkawan dengan dia.”
“Ataupun kamu yang berlagak?”
“Bagaimana rasanya mahu ke tingkatan empat?” Puan Kamilia menukar tajuk.
“Biasa sahaja.”
“Walaupun ramai yang kata tingkatan empat tahun bulan madu, tetapi jangan leka.”
“Mama, anak mama ini pintar. Mama jangan risau.”
Puan Kamilia tersenyum. “Ya, anak mama memang genius. Malas belajar pun selallu cemerlang.”
Zara tersengih. Genius itu tidaklah, cuma mungkin kerana dia sangat focus semasa guru mengajar, maka dia masih dapat skor waaupun tidaklah rajin mengulang kaji pelajaran.
“Nanti, kamu berkawanlah dengan Adam. Dia tentu kekok berada di tempat baru.” Perbualan mereka kembali pada Adam.
“Belum tentu kami sekelas. Lagipun, lama-lama dia tentu dapat banyak kawan.” Zara tidak rasa Adam berminat berkawan dengannya. Zara sangat yakin yang mereka tidak ditakdirkan menjadi kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...