Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 2

“Hai, saya jiran baru awak.”
Zara memandang seketika. Kemudian terus meluncur dengan papan selaju atau skateboard. Kaki kananya berada di atas deck atau papan, manakala kaki sebelah kiri digunakan memacu tenaga bagi menggerakkan papan selaju. Papan selaju meluncur laju.Seketika, apabila menuruni jalan yang sedikit berbukit itu, kedua-dua belah kaki Zara berada di atas papan selaju. Papan selaju meluncur laju.
Kelihatan seperti hebat, bukan? Jangan terpedaya dengan gaya Zara yang lengkap dengan topi keledar kasut khas untuk skater yang tahan geseran dan mempunyai tapak yang dinamik bagi mencengkam papan dan pad pelindung yang dipakai di siku dan lutut sebagai langkah keselamatan. Memang dia kelihatan bersungguh-sungguh, seperti tahu trick yang sukar dan berbahaya. Hakikatnya Zara tidaklah mahir bermain papan selaju. 
Tetapi, biasalah, perlulah berlagak pandai. Padahal, dalam hati, bimbang juga kalau tergelincir ataupun hilang kawalan.
Budak lelaki itu berlari anak, cuba bersaing dengan Zara.
“Awak dengar ataupun tidak?”
Luncuran papan selaju diberhentikan. Menggunakan hujung kaki, Zara menolak ke atas papan selaju lalu tangannya pantas mencapai. Huh. Mujur aksinya Berjaya. Tidak sia-sia Zara berlagak. Dia segera berpaling memandang budak lelaki itu.
“Dengar. Awak jiran baru saya. Jadi?” Suaranya kedengaran angkuh.
“Awak tidak rasa mahu bertegur sapa dengan jiran baru awak?”
“Perlukah?”Sebenarnya Zara tidaklah sombong. Apatah lagi dengan orang yang tidak dikenalinya. Lebih-lebih lagi lelaki. Bukan apa, lelaki selalunya dikaitkan dengan perkataan miang atau gatal. Zara tidak ada masa mahu melayan kegatalan mereka. Bukan gaya dia..
“Yalah. Bukankah sesame jiran perlu bertegur sapa?”
“Hai, jiran baru. Okey, sesi bertegur sapa sudah selesai. Boleh saya pergi?”
“Awak tahu siapa saya?” Suara budak lelaki itu meninggi. Mulai keras. Benggang dengan Zara yang terlebih sombong. Manalah saya tahu. Ini baru kali pertama kita bertemu. Lagipun awak bukannya orang penting yang saya perlu ambil tahu.”
Adakah budak lelaki ini cuba berkenalan dengan Zara? Oh, tolonglah! Zara tidak minat semua itu.
Merah muka budak lelaki itu. Apa dia ingat dia menarik sangat sampai membuak-buak rasa hendak berkenalan? Tolong sedikit ya! Dia menegur budak perempuan itu bersebab. Budak perempuan ini yang cepat sangat membuat kesimpulan.
“Jaga bahasa awak apabila bercakap dengan putera mahkota. Jangan biadap.” Keras dan tegas teguran itu.
“Putera mahkota?Siapa?Awak?” Zara ketawa. Gila agaknya mamat di depannya ini?
“Saya serius.” Memang mukanya menggambarkan yang dia serius.
Biar betul puter mahkota Negara mana pula yang tersest di Bandar Baru Bangi ini? Ish...tidak sesuai betul lawak mamat ini!
“Saya ingatkan saya seorang sahaja yang berangan-angan hendak menjadi puteri, rupa-rupanya ada juga orang lain yang berangan sama. Sudahlah….” Zara ketawa mengekek.
Budak lelaki itu mendengus. Geram melihat reaksi Zara.
“Lawak betullah awak ini.” Zara menggeleng, menekan perut, menahan tawa yang belum berhenti.
“Lawak? Siapa buat lawak? Saya cakap yang betul.”
“Jangan merepeklah.”
“Siapa pula yang merepek? Memang saya….” Kata-katanya terhenti. Adam menghela nafas. Terkenang perbualan dengan ayahnya. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia mengalah. Biarkan budak perempuan itu menang.
“Awak tak percaya?”
“Awak rasa?” Siapa sahajalha yang mahu percaya lelaki ini anak raja? Tidak sesuai langsung!
“Saya….”
“Saya apa?”
Adam tiba-tiba ketawa. Berkerut dahi Zara.
“Nasib baik awk tidak percaya sebab saya memang tipu. Saja. Hendak bergurau. Anggaplah itu gurauan tanda salam perkebnalan. Saya Adam bin Muhammad. Saya baru berpindah ke sini bersama ayah saya, Muhammad bin Mokhtar.”
Oh, gurau? Tetapi mengapa Zara rasa tidak kelakat pun gurauan itu? Tetapi bukankah Zara turut tergelaktadi? Ish….
Zara tersenyum sinis. Seperti yang dijangka! Putera mahkota konon! Zara merenung Adam. Tiba-tiba baru dia sedar betapa formal penampilan budak lelaki di hadapannya. Dia memerhati penampilan Adam. Kemeja yang digosok licin. Rambut leper ala-ala pelakon Korea? Oh, tidak.
Mengapa awak pakai begini?”
“Tadi ada online meeting. Kenalah jaga penampilan.”
“Online meeting? Kecil-kecil sudah ada mesyuarat? Melalui internet pula? Zara menggaru kepala. Seketika dia tersengih. Ini tentu video conference dengan perempuan.
“Bukan seperti yang awak fikirkan. Saya tidak ada masa hendak dating secara online. Saya ada urusan kerja.”
Zara tersentak. Dia mampu baca fikiran Zara?
“Kembali pada topic asal. Saya belum tahu nama awak.”
“Zara binti Muhammmad.” Oh, kebetulan yang tidak digemarinya. Berkongsi nama ayah dengan budak skema ini? Huh!
“Nama ayah kita sama.” Adam tersengih.
“Jadi?”
“Kebetulan yang menarik.”
“Tidaklah. Biasa saja. Ada berpuluh ribu orang dalam dunia ini bernama Muhammad. Apa yang hendak dihairankan?”
“Baiklah Cik Zara, seronok berkenalan dengan awak. Oh ya, sempena perkenalan kita, saya maafkan awak. Cuma saya harap jangan diulangi kesilapan yang sama sebab saya tidak mungkin memaafkan awak sekali lagi.” Senafas Adam melkuahkannya.
Zara tercengang. Dahinya berkerut, cuba memahami kata-kata Adam bin Muhammad. Apakah sebenarnya yang cuba disampaikan loeh Adam? Zara menggaru kepalanya. “Maaf? Sebab apa?”
“Awak baru melakukan kesalahan besar. Sekejap sahaj awk sudah lupa?” Adam menggeleng kesal.
Zara semakin hairan. “Apa yang awak merepek ni?” Ish… rasa hendak ketuk sahaja kepala mamat ni. Entah apa yang dia merapu. Sewel agaknya dia.
“Tadi… awak hamper-hampir melanggar D-Raja dan menyebabkan ia trauma. Sebab ketakutan, ia tidak berani keluar dari rumah. D-Raja sekarang bersembunyi di bawah sofa. Kasihan betul, ia masih menggigil hingga sekarang.”
“Hah?” Zara tidak faham. D-Raja? Siapa pula watak tambahan yang tiba-tiba pula muncul dalam perbualan mereka. Zara kenalkah D-Raja?
“Buat-buat tidak faham pula!” Adam menjeling apabila melihat Zara terpingga-pingga.
“Saya memang tidak faham. Siapa D-Raja?” Suara Zara semakin keras.Amboi, pandai-pandai kata Zara berpura-pura! Dia ingat dia siapa? Semakin meluap-luap keinginan Zara hendak mengetuk kepala budak lelaki ini. Biar benjol ataupun paling tidak, penyekkan rambut leper dia. Sangka kacak betul!
“Kucing tadi. Awak sudah lupa? Kucing comel yang awak hamper langgar tengahari tadi adalah kucing saya. Namanya D-Raja.”
“Oh, jadi awaklah tuan punya kucing yang kurang cerdik itu? Encik Adam, macam mana awak didik kucing awak? Awak tak ajar dia pandang kiri dan kanan sebelum melintas? Sebab kecuaian awak, saya hamper-hampir terjatuh. Jadi, awak yang sepatutnya minta maaf.”
Zara meletakkan papan selaju di atas jalan. Dia bercekak pinggang. Insiden tengah hari tadi memang tidak dapat dimaafkan. Mujur dia tidak terjatuh apabila cuba mengelak kucing yang tiba-tiba sahaja melintas dihadapannya ketika dia membelokkan skuer Ego miliknya, mahu memasuki pintu rumahnya. Oh ya, pembetulan, kucing itu tidak comel seperti yang diperkatakan Adam. Bagi Zara, kucing itu biasa sahaja. Suam-suam kuku.
Adam mengeluarkan sapu tangan. Mengelap peluh di dahi. Cuaca hari itu terik. Adam tidak biasa berpanas begini. Pantas dia berpalin lantas meninggalkan Zara.
“Eh, awak hendak pergi mana? Kita belum habis berbincang.”
Adam menghela nafas. Daripada membuang masa bertekak dengan budak perempuan yang tiada langsung nilai sopan santun ini, lebih baik dia duduk di dalam rumah. Ada pendingin hawa.Dapat juag dia memujuk D-Raja yang entah-entah sudak terkencing di bawah sofa. Maklumlah, masih ketakutan. Ataupun membelek majalah GD, majalah fesyen kegemaran Adam.
“Tidak ada apa-apa yang perlu dibincangkan. Awak sepatutny abersyukur sebab saya sudah memaafkan awak.” Adam meninggalkan Zara yang menahan geram yang membuak-buak.Siapa Adan bin Muhammad yang kononya besar hati untuk memaafkannya?Cis!
Zara memandan dengan rasa meluat yang meluap-luap. Mengapalah nasibnya malang sungguh? Sudahlah berjirankan Munir bin Isa yang selekeh dan suka membuat bising. Kini, dapat pula jiran baru yang sangka dirinya bagus!Oh, bosannya! Ke mana perginya lelaki baik dalam dunia ini?Sudah pupuskah?
“Benci! Ish, apabila aku jumpa kucing dia, Aku gelek sampai mati. Padan muka! Nanti nangis 44 hari pun tak cukup!”
“Tapi… nanti aku pula yang masuk neraka sebab bunuh kucing! Ish… tak naklah! Tak apa, aku cari jalan lain kenakan mamat yang berlagak itu.”
Zara membuka pintu rumah. Hilang mood mahu menambah kemahirn bermain papan selaju.
“Apa yang dibebelkan seorang diri itu?” tegur Mak Da yang muncul daripada dapur.
Zara yang masam mencuka mengeluh. “Saya menyampah betul dengan jiran baru kita.”
“Kamu sudah berkenalan dengan mereka?”
Mak Da kelihatan teruja.
“Mak Da tidak pernah lagi nampak mereka. Sudah beberapa hari barang-barang dipungah tetapi tidak nampak pula tuan rumah.”
“Tidak rugi pun kalau tidak berkenalan dengan mereka,” jawab Zara acuh taidak acuh.
“Mengapa ini? Suara tuan puteri penuh kebencian namapknya?” Mak Da masih mahu mengusik.
Panjang muncung Zara. Dia memandang Mak Da. Dengan gaya kepoh, dia mula mengadu.
“Adakah patut dia marah saya? Kononya saya menyebabkan kucing dia trauma! Ish, patutnya saya marah dia. Kucing dia yang meluru kea rah saya. Mujur saya tidak terbabas atau terjatuh darip[ada skuter.”
Mak Da tersenyum melihat kesungguhan Zara bercerita. “Siapa?”
“Anak tuan rumah. Lebih kurang seusia dengan saya rasanya. Mak Da tahu nama kucing dia?”
Mak Da menggeleng. “Manalah Mak Da tahu, jumpa dia pun tak lagi.”
“D-raja. Ish, tolonglah! Tak mugkin kucing itu berketurunan raja. Sudahlah itu, dia sendiri mengaku diri sendiri berketurunan raja.”
Mak Da ketawa kecil. “Mungkin dia spesies kamu?”
Zara mencebik. Faham maksud Mak Da. Yalah, dia pun sama, berangan jadi anak raja. Hmm… jadi dia tidak patut kutuk budak lelaki itu. Bukankah mereka berkongsi anagn-angan yang sama?
“Kami dari sepsis yang sama? Ish, tolonglah! Tak sesuai! Dia tu budak skema yang sangka bagus.”
“Kamu?” Mak Da tersenyum.
Zara mendada.
“Saya puteri raja yang memang bagus!” Tawa mereka bersatu. Zara masih dalam angan-angan yang sama. Dalam senyuman, terselit hati terkilan Mak Da. Adakah Zara berhajat sangat hendak menjadi anak raja?
“Apa yang Mak Da menungkan?”
“Tak ada apa-apa. Cuma Mak Da terfikir, mengapalah kamu bersungguh-sungguh hendak menjadi anak raja?”
Zara ketawa mendengar soalan Mak Da. “Sebab pengaruh filem dan drama. Macam seronok jadi anak raja. Kaya, tinggal di dalam istana.”
Zara tersengih.
Mak Da menggeleng.
“Ia tak semudah yang kamu fikirkan.”
“Maksud Mak Da?”
“Kadangkala apa yang kita lihat itu tidak mengambarkan hakikat sebenar.”
Alamak, Mak Da mula berfalsalfah. Zara perlu mencari jalan menyelamatkan diri. Nanti panjang syarahan Mak Da.
“Er… saya nak naik atas. Sya tak solat asar lagi.”
“Baiklah tuan puteri, patik pun mahu ke bilik. Beristirahat.”
“Silakan Dayang.”
Zara tersengih menaiki tangga. Sambil itu, dia menyanyi kecil, lagu Bagaikan Puteri lagu lama nyanyian Fara yang diminatinya. Maklumlah, sesuai dengan angan-angannya yang satu itu.
Jika dunia
Aku yang punya
Akan kudirikan
Sebuah syurga
Malam tanpa siang
Untukku bermimpi
Sepanjang masa
Tanpa kecewa
Bertemankan bintang yang setia
Bagaikan puteri
Kisah khayalan
Yang hidupnya suci dan sempurna….
Mak Da hyanya menggeleng memerhati Tingkah Zara. Memnag tidak disangkal lagi, berangan-angan ialah kepakaran Zara binti Muhammad.
“Puan patut berterus terang.”
“Belum masanya.”
“Sampai bila? Kasihan saya tengok dia.”
Puan Kamilia mengeluh. “Kami dah berbincang. Kami mahu menunggu masa yang sesuai. Lagipun, mereka dah pun datang. Biarlah dia kenal mereka dahulu.”
Mak Da menggangguk perlahan. “Mungkin dia gembira. Lagipun, bukankah itu impiannya selama ini.”
Puan Kamilia tersenyum. Tawar. “Entahlah… Kadangkala apa yang kita mahu belum tentu buat kita gembira. Saya bimbang dia salahkan saya dan membenci saya apbila tahu hakikat sebenar.”
“Puan orang paling penting dalam hidup dia. Tidak mungkin dia benci puan.”
“Harapnya begitulah.” Puan kamilia merenung jauh. Selama ini, dia sengaja melewat-lewatkan masa. Malah, pernah dia terfikir mahu menyimpan rahsia itu selama-lamanya. Tetapi, hatinya tidak tenang. Rasa bersalah. Mungkin inilah masa yang sesuai.
“Mama dan Mak Da bercakap fasal apa? Saya tak fahamlah.” Zara menggosok mata. Muncul tiba-tiba.
Puan kamilia dan Mak Da tersentak. “Kamu buat apa?”
“Hendak ambil air. Tadi sebelum tidur lupa isi air di dalam botol air. Dah habis.” Menjadi kebiasaan Zara bangun di tengah malam, kehausan. Selalunya memanga aada bekalan air di dalam biliknya.
“Mengapa mama dan Mak Da tak tidur lagi?”
“Kamu dengar apa yang kami bualkan?” Puan Kamilia bertanya. Wajahnya serius.
“Dengarlah juga,” selamba Zara menjawab. Kakinya menuju ke dapur.
Puan kamilia mengekori dari belakang. “Apa yang kamu dengar?”
“Mama dan Mak Da ada rahsiakan sesuatu ya?” Zara mengisi air ke dalam botol airnya.
“Ish… tak adalah.
“Habis, mengapa mama cuak?” Dia meneguk air, menghilangkan haus.
“Tidaklah. Mama saja tanya.” Puan Kamilia cuba berlagak biasa.
“Okeylah, saya nak sambung tidur. Mama dan Mak Da pun tidurlah. Sudah pukul 1 pagi ni, esok sajalah berbual.” Persis orang tua Zara menasihati.
“Bailah tuan puteri, patik tidur sekarang juga.”Mak Da bergurau.
“Baiklah bonda dan dayang, selamat beradu.”
Puan Kamilia hanya menggeleng memerhati langkah Zara. Debarnya mula hilang. Yakin dalam keadaan mamai, Zara tidak memahami butir perbualan mereka.
Zara dari atas tangga menoleh. “Oh ya mama, dia itu siapa? Mereka itu siapa? Perkara apa yang mama patut jelaskan?
Puan Kamilia ternganga.
Pagi itu, semasa bersarapan, Puan Kamilia dan Mak da tidak senang duduk. Zara pula biasa sahaja.
“Awak kamu bangun hari ini?”
Zara tersenyum. “ Hari ini saya nak ke Taman Tasik Cempaka.” Dalam fikirannya, dia sudah merancang, mahu bermain papan selaju di taman tasik itu. Inilah masanya di menguji kemahirannya di kawasan orang ramai. Bukan apa, mahu menambah keyakinan dalam diri.
“Buat apa?”
“Saja, beriadah.”
“seorang?”
“Mama nak ikut?” Zara tersenyum.
“Mama hendak ke bank.”
“Okey.” Zara menyambung suapan. Pagi tu, dia bersarapan bertih jagung dengan susu.
“Kamu ingat apa yang berlaku malam tadi?”
Soalan Puan Kamilia buat Zara terping-pinga. “Apa yang berlaku?” Ada perkara penting yang dia lupa?
“Malam tadi kamu bangun ambil air.”
“Oh, ingat. Mengapa?”
“Kamu tidak mahu tanya apa-apa?”
“Tanya fasal apa?”
Puan Kamilia berbalas pandang dengan Mak Da.
“Mama?”
“Err… tak ada. Abaikan sajalah.” Puan Kamilia membuat keputusan, sekiranya Zara tidak mengungkit, dia mahu diamkan sahaja. Itu sahaja jalan yang selamat.!
“Mak da, esok buat nasi lemak boleh?Sudah lama tidak makan nasi lemak buatan Mak Da.”
“Kamu dah bosan bersarapan gaya Barat?”
Zara ketawa. Yalah, hari-hari roti bakar dan bertih jagung, muak juga,sesekali nak juga merasa sarapan orang Melayu!
Oh, hari yang sungguh malang. Apa yang dia buat dekat sini?
“Hai, apa yang awak buat di sini?”
“Ini tempat awam.”
“Mengapa lewat? Cuaca semakin panas, patutnya datang awal pagi. Maklumlah….” Munir tersengih. Benci Zara melihatnya.
“Suka hati sayalah.”
“Cik Zara, saya tanya sedikit, boleh?”
“Tak boleh.”
“Mengapa awak sombong?””
Zara menonong berjalan sambil memegang papan selaju. Rosak rancangannya. Mengapalah hari yang sepatutnya ceria ini dirosakkan oleh Munir Bin Isa.
“Saya ingatkan awak nak meluncur.” Munir berlari anak di sebelah Zra yang berjalan laju.
Zara diam, buat tidak dengar.
“Saya rasa awak patut kurangkan sedikit beratb badan awak, lebih mudah awak imbangkan badan awak di atas papan selaju.” Sesungguhnya Zara tidak perlukan komen membina daripada Munir Bin Isa. Badannya menggigil, menahan rasa marah yang membuak-buak.
Dia berhanti melangkah. Berpaling kea rah Munir yang menghentikan larian. Tolong jangan ganggu saya.”
“Kita berjiran, apa salahnya bertegur sapa?”
“Masaalahnya,saya tak suka awak.”
“Saya tak cakap pun saya suka awak.”
“Hah! Sebab itulah, saya tak suka awak, dan awak tak suka saya. Jadi, tak perlulah kita bertegur sapa. Kita buat tak kenal sudahlah!”
“Tapi saya kenal awak, awak kenal saya.”
“Whatever!” Zara berpusing, mengatur langkah menuju ketempat dia memakir skuternya. Darpada membunag tenaga bertekak dengan Munir, lebih baik dia balik sahaja
“Eh, baru sampai nak balik?”
Zara tidak mempedulikan jeritan Munir bin Isa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...