Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 1

Zara berdiri tegak di hadapan cermin yang setingginya. Tersenyum sendirian memandang dirinya. Cantiknya! Hidungnya kembang kuncup. Tidak perlu menunggu kata-kata pujian daripada orang lain , dia memang sedia maklum dengan kejelitaan yang dimilikinya. Selayaknya dia bergelar puteri.
Ya. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, Zara adalah puteri. Puteri Zara. Bukan kerabat diraja tetapi anak diraja. Diulangi, anak raja.
Berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera turun ke bawah. Oh, tidak, jangan salah sangka. Dia tidak menuruni tangga, sebaliknya menaiki lif.
Dari kamarnya ada lif yang membawanya terus ke tingkat bawah. Sebaik sahaja lif terbuka, permaidani warna merah terhampar indah, sedia dipijak oleh kakinya yang tersarung kasut kaca yang bersinar-sinar setinggi dua setengah inci.
Zara melangkah keluar dari lif dengan yakin. Badannya tegak mendada. Dagunya diangkat tinggi. Senyumnya terkawal rapi.Ada banyak mata yang sedang memerhati.

Jadi dia perlu mengawal langkahnya. Biar setiap langkahnya mempersonakan, persis model.Biar semua mata kagum, terbeliak memandang puteri raja itu. Puteri Zara yang elegan bergaya.
Oh, Zara memang suka keadaan begini. Menjadi perhatian setiap orang. Dikagumi setiap mata yang memandang.
“Alamak!” Zara terdorong ke hadapan beberapa langkah. Mujur tidak tersembam.
“Hah!” Semua yang ada terperanjat. Ish macam mana pula dia tiba-tiba terpijak kainnya sendiri. Hmm… mungkin dia perlu memakai kasut yang lebih tinggi tumitnya.
“Puteri tak apa-apa? “
Zara dengan pantas kembali membetulkan postur badan, ke posisi asal, berdiri tegak. Cuba mengawal rasa gugup dan malu.
“Saya okey.”
Dagu kembali ditegakkan, senyuman kembali diukir lau dia meneruskan langkah. Perlahan tetapi penuh bergaya. Dalam hati, berbakul doanya, cepatlah samapai ke limousine yang gah menunggunya.
Kakinya terasa menggigil. Maklumlah dia tidak biasa bertumit tinggi.
Ternyata Tuhamn memakbulkan doanya. Kurang tiga minit dan empat saat, Zara tiba di muka pintu. Dia segera menaiki limousine yang sudah menanti di situ.
Destinastinya, tentu sahaja Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 3. Itulah kali pertama dia kan membuat penampilan sulung di sekolah itu sebagai puteri raja.
Selama ini,Zara hanya pelajar biasa. Tiada siapa yang ambil tahu kehadirannya.
Kali ini, tentunya berbeza. Zara yakin, kejutan menunggunya. Tentu kedatangannya dinanti. Tentu kemunculannya dirai.
Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Zara rasa hendak menangis. Oh, terharu rasa hatiapabila melihat suasana begitu. Sungguh, kenyataan lebih hebat daripada khayalannya.. Semakin kembang hati Zara. Tidak syak lagi! Menjadi puteri raja memang menyeronokkan.
Semua pelajar menunggu ketibaannya.
Lagu Dancing Queen nyanyian ABBA bergema menyambut kemunculannya.
You are the dancing queen,
Young and sweet, only seventeen
Dancing queen,
Feel the beat from the tambourin,
You can dance, you can jive,
Having the time of your live,
See that girl, watch that scene,
Diggin’ the dancing queen,
Zara keluar dari kereta, melambai kea rah semua yang menjerit-jerit memanggil namanya.
“Puteri Zara!”
“Puteri Zara!”
“Oh, cantiknya! Alangkah bagusnya saya dapat jadi tuan puteri!”
“Puteri Zaralah idola saya!”
“Saya mahu jadi seperti Puteri Zara!”
Bermacam-macam jeritan dapat didengar. Suasana riuh-rendah, diselang lagu bergema dengan jeritan para pelajar. Histeria? Oh, rasa gembira meluap-luap. Zara tidak mampu menyembunyikan keseronokan apabila dipuja dan digilai ramai.
Mujur Zara memang suka menonton pertandingan ratu cantik. Jadi,dapatlah juga tip member senyuman dan lambaian gaya ratu. Sesekali Zara tersenyum. Dia melambai gaya Puteri Diana. Ya, dia bertekad mahu bersikap mesra dengan rakyat. Zara mahu menjadi puteri raja berjiwa rakyat.
“Bila aku sudah tiada, simpan semua laguku, jangan dilupakan aku….” Tiba-tiba sahaja kedengaran suara yang mengganggu-gugat keamanan dunia. Suara siapakah itu? Oh, sungguh nyaring dan membingitkan! Sumbang. Diikuti pula dengan pukulan dram yang kuat. Sakit kepala Zara dibuatnya.
Zara cam suara itu. Suara siapa lagi sekiranya bukan Munir Bin Isa memang suka menggangu ketenteraman hidup Zara. Tidakkah dia tahu yang Zara sekarang Puteri Raja? Tidakkah dia tahu sebagai puteri raja , Zara sepatutnya dihormatinya? Mengapa pula tiba-tiba suaranya muncul menganggu hari Zara yang sungguh indah ini?
Pandangan Zaraterarah pada lelaki itu. Apa pula si Munir Bin Isa buat dengan set drama di tengah-tengah tapak perhimpunan ini? Okey, Zara tahu, dia cuba mencuri tumpuan yang diberikan kepada Zara. Gila glmor betullah mamat yang sanka dirinya kacak lagi bergaya. Zara cuba tidak mempedulikan gangguan itu. Dia kembali melambai kepada peminatnya. Malangnya tida siapa yang memberikan tumpuan padanya. Semua pelajar sudah berlari-lari menuju kea rah Munir Bin Isa.
“Eh, hendak pergi mana? Marilah bersalaman dengan beta! Beta ini Puteri Zara! Puteri! Anak raja! Marilah bergambar dengan beta! Nanti dapatlah diletakkan di dalam Friendster, Myspace, Facebook! Letak di blog pun okey! Marilah! Jangan lepaskan peluang kemasan ini! Bukan selalu dapat beramah mesra dengan beta!” Zara terjerit-jerit. Bimbang dengan keadaan yang tiba-tiba berubah. Ke mana hilangnya tumpuan mereka? Oh!
Malangnya, tiada siapa pun yang mempedulikan jeritan Zara. Waima pemandu dan pengiringnya. Semua seakan-akan diserang histeria, mahu menerkam Munir Bin Isa. Tidak mungkin ini berlaku! Katakanlah semua ini hanya mimpi ngeri! Tidak!
Mengapa pula tiba-tiba sahaja popularity Munir Bin Isa melebihinya? Ini sudah melampau! Munir Bin Isa tidak layak medapat perhatian itu! Dia hanya rakyat biasa! Diulangi, rakyat biasa! Bukannya seperti Zara. Zara puteri raja! Bukannya Munir! Dia yang sepatutnya dikeremuni! Dia yang sepatutnya dikagumi! Oh, Munir memang kejam. Cuba merampas saat indah yang sepatutnya menjadi milik Zara. Zara benci Munir Bin Isa! Benci!
Terbeliak mata Zara. Nafasnya terasa kencang. Aduh, mimpi? Sakit kepala Zara dibuatnya. Mimpi yang indah bertukar ngeri. Sayup kedengaran pukulan dram dari rumah sebelah. Siapa lagi sekiranya bukan Munir Bin Isa.
“Woi, diamlah! Pagi-pagi buta sudah memekak!” jerit Zara sekuat mungkin, cuba mengatasi kebisingan bunyi dram.
Seketika suasana jadi sepi. Zara tersenyum. Puas hati. Dia kembali menarik selimut.
“Pagi apa pula! Sudah tengah hari. Anak raja mana pula yang tak bangun lagi ni?” Suara dari rumah sebelah membalas. Pukulan dram bersambung. Zara mendengus, menarik selimut menutup kepalanya. Benci!
Zara mendengus. Kepalanya masih sakit. Tidurnya ternganggu kerana jiran yang menjengkelkan. Mimpi indahnya berkecai kerana jiran yang memang pakar dalam soal menyakitkan hati orang. Biarpun Munir Bin Isa sudah lama berhenti bermain dram, dia masih ternganggu. Bunyi dram terasa berdengung-dengung. Nyaring dan membingitkan telinganya. Mood Zara nyataberjaya dicalarkan oleh Munir Bin Isa. Hilang keceriaan pagi. Pembetulan, tengah hari.
Disebabkan tidak tahan, tepat pukul 12 tengah hari, 14 minit dan 13 saat, Zara bangun, menonong ke bil;ik air. Tidak tergamak melihat dirinya di dalam cermin. Dia pernah dengar orang kata, bagi menilai kecantikan seseorang, lihat rupa orang itu semasa dia bangun pagi. Sekiranya dia kelihatan cantik walaupun dalam keadaan kusut-masai kerana baru bangun tidur, maka dia memang selayaknya diiktiraf cantik. Zara tidak berani menguji dirinya. Biarlah dia kekal menganggap dirinya cantik persis puteri raja.
Di dalam bilik air, Zara mencuci muka dan menggosok gigi. Hanya selepas itu, barulah dia berani melihat mukanya di cermin. Dia tersenyum. Puteri Zara. Hari ini dia mahu berlama di dalam bilik air. Mahu menghilangkan stress akibat gangguan Munir Bin Isa. Zara merancang harinya. Hari ini hari kelima cuti sekolah. Sesungguhnya Zara tidak mepunyai aktiviti lain melainkan belajar seorang diri, bermain skateboard atau papan selaju, menonton drama Korea kegemarannya, membaca atau menghabiskan masa bersama mama. Begitulah kehidupan Zara. Serba ringkas.
Oh, sekiranya rajin, dia mengulang kaji pelajaran. Itu pun selepas dileteri mama. Jangan bimbang, Zara pelajar cemerlang. Walaupun tidak rajin, dia focus di dalam kelas.
Kawan baik? Ya, Zara tidak ada kawan baik. Hanya rakan-rakan sekelas tetapi tiada yang rapat. Zara pun tidak pasti. Munkin kerana kebiasaan yang dipupuk mama membuatkan dia terbiasa tidak ada kawan.
Sejak kecil mama seakan-akan mengongkong hidupnya. Mama tidak membenarkan dia berkawan sewenang-wenangnya. Pernah dia teruk dimarahi kerana mengikut kawan ke rumah. Waktu itu diadarjah tiga. Dia leka bermain di rumah rakan sehingga lupa masa sudah lewat petang. Kebetulan ibu bapa kawannya belum pulang. Hanya ada pembantu rumah yang dipanggil bibik. Maka mereka terus leka bermain set patung Barbie. Rupa-rupanya pada masa yang sama, mama berkeliaran mencarinya sekitar taman, menyangka dia diculik.
Sejak itu, Zara tidak berani ke rumah kawannya. Lalu kehidupannya hanya berkisar di sekolah dan rumah. Keluar jalan-jalan pun hanya dengan mama, Mak Da ataupun sendirian. Dia lebih selesa begitu. Lagi pula, apabila menginjak remaja, zara sudah tidak berminat pada Barbie mahupun kosmetik. Zara lebih suka skuter dan terbaru, papan selaju. Jadi, tidak sesuai pula mahu berngandingan dengan rakan-rakan sekelasnya yang rata-rata persis model dan feminin.
Namun di sebalik sikap lasaknya, ada sesuatu yang masih menjadi mimipi Zara. Dia selalu berangan-angan yang dia sebenarnya berketurunan raja. Puteri raja yang mewarisi sebuah kerajaan. Zara tersenyum. Semua ini sudah diangan-angankan sejak kecil. Malah, filem Princess Diaries menguatkan lagi kepercayaanya yang kebarangkalian mimpi itu menjdi nyata tetap ada.
Tiba-tiba sahaja Mia mendapat tahu yang dia puteri raja ketika hari jadi yang ke-16. Padahal selama ini, dia menjalani hidupsebagai orang biasa. Malah ibunya tidak pernah memberi sebarangpetunjuk yang dia adalah puteri raja! Sekiranya hakikat itu terjadi kepada Mia Thermopolis, mengapa tidak kepada Zara? Ya, Zara yakin, kebangkalian tetap ada. Walaupun tidak tinggi, tetapi tetap ada!
Lagipun, tiada yang mustahil dalam dunia. Okey, memang diakui, Zara tidak cantik sangat. Tetapi, rasanya bukan semua puteri raja cantik, bukan? Sedangkan Princess Mia dalam Princess Diaries pun tidak cantik. Jadi apa salahnya Zara menjadi puteri raja yang kurang cantik? Lagipun, apabila sudah berpakaian mahal, tampil bergaya, orang biasa-biasa pun Nampak menarik. Jadi, isu itu bukan masaalah besar.
Ketukan pintu mengejutkan Zara.
“Zara, makanan tengahari sudah siap.”
“Okey Mak Da, sekejap lagi saya turun.”
Tengok, tidak perlu menjadi puteri raja pun, perangai Zara mengalahkan puteri raja! Bangun lamabt, makan berhidang. Huh….
“hari ini ada program apa tuan puteri?” Mak Da bertanya sambil menyenduk nasi Zara.
“Beta tidak pasti lagi. Mungkin menonton drama Princess Hours.” Zara tersenyum sebelum mula menyuapkan makanan. Puan Kamilia dan Mak Da sedia maklum dengan mimpi Zara yang satu itu. Mimpi bergelar puteri raja. Sebab itu, ada masanya mereka bergurau, berlakon seolah-olah Zara memang puteri raja. Zara tentunya menyambut baik gurauan itu.
“Tuan puteri sudah baca doa?”
“Ops, lupa pula beta.” Segera dia membaca doa. Ya, Zara memang begitu apabila menghadap makanan. Mak Da hanya menggeleng. Sudah masak dengan perangai Zara.
“Mama ke mana?”
“Bukankah mama kamu kerja?”
“Oh, lupa.” Zara tersengih. Mama Zara memiliki sebuah butik pakaian. Malangnya, Zara tidak dianugerahkan minat yang sama. Jarang dia membantu mamanya di butik itu.
“Kamu tidak tolong mama?” Mak Da makan bersama Zara.
Zara tersengih. “Sedap Mak Da masak hari ini.”
“Rasanya setiap hari pun Mak Da masak sedap.”
Zara ketawa. Ya, tidak perlu kata pujian, Mak Da memang memiliki keyakinan yang tinggi kepada skill memasak yang dimilikinya.
“Mama esan suruh kamu ke butik. Cuti begini, sekali-sekala cubalah bantu mama kamu.”
Zara terus makan tanpa member sebarang reaksi. Sesungguhnya Zara memang tidak berminat menghabiskan masa menghadap baju-baju cantik di butik. Okey, bukanlah dia perlu buat apa-apa pun. Sekadar duduk goyang kaki. Sekiranya ada pelanggan pun, bukannya dia perlu layan. Mama ada dua orang pembantu. Lagipun, dia tidak dianugerahkan kemahiran beramah mesra dengan orang asing. Jadi, bagaimana mahu menjadi jurujual yang bijak mengambil hati pelanggan?
Menolong menggosok pakaian? Zara pernah membantu membuat lubang besar pada sehelai baju sutera yang berharga RM350. Sejak itu, Zara membuat keputusan menggosok pakaian bukan kemahirannya. Jadi, daripada dia menghabiskan masa di butik itu, lebih baik dia duduk di rumah.
Saya rasa lebih baik saya bantu Mak Da di rumah.”
“Seperti?”
Sungguh sinis soalan Mak Da. Zara faham benar. Yalah, menolong Mak Da juga bukan kemahirannya. “Tolong Mak DA masak ataupun kemaskan rumah.” Zara yakin jawapannya hanya buat Mak Da ketawa.
“Alasan yang sungguh mencurigakan.” Mak Da tergelak. Hah, betul pun! Bukan Zara tidak tahu Mak Da bangun awal bagi membersihkan rumah. Memasak? Hmm… sukar mahu percaya Zara berminat menolong di dapur.
“Saya anggap Mak Da setuju. Nanti saya telefon beritahu mama.” Zara membuat keputusan bagi pihak Mak Da.
“Pandailah kamu! Babitkan Mak Da pula.”
Zara terus tersengih. “Boleh ya? Sayang Mak Da!”
Mak Da hanya ketawa meleret.
Petang itu, Zara duduk bersama mamanya di buaian. Mereka berbual sambil makan buah. Begitulah kegemaran Puan Kamilia apabila ada kelapangan. Duduk di buaian di laman rumah, berbual dengan anak perempuan tunggalnya.
“Apa kamu buat sepanjang hari ini?”
“Makan, tidur dan tengok televisyen . Zara tersengih.
“Bila agaknya anak mama hendak beri jawapan yang sedikit berbeza? Tadi kata nak tolong Mak Da masak? Tipu mama ya?”
“Oh, ada! Lupa pula. Hari ini saya tolong Mak Da masak makan malam,” dengan bangga Zara memberitahu.
“Serius?”
Zara menggangguk. “Saya tolong petik daun kunyit dan limau. Mak Da hendak guna masak asm pedas tadi.”
“Lagi?”
“itu sahajalah, yang lain Mak DA uruskan.” Zara menyuap hirisan mangga ke dalam mulutnya.
“Setakat petik daun tidak layak dilabel sebagai tolong memasak.”
“Mama, walaupun itu hanya sumbangan kecil tetapi bermakna. Cuba mama bayangkan, tanpa daun kunyit dan daun limau, tentu asam pedas Mak Da tidak sedap.Itu elemen penting. Jadi, dianggap tolong memasaklah.” Tanpa rasa bersalah dan dalam senyuma Zara meluahkannya. Dia menyuap lagi satu hirisan mangga. Sedap pula mangga yang diberikan oleh Munir Bin Isa.
Walaupun Zara pada mulanya mahu boikot, tidak mahu menjamah walaupun sedikit apabila mengetahui yang mangga itu diberikan oleh jiran yang juga musuh ketatnya, tetapi akhirnya dia kalah pada nafsunya. Sudah dua biji dia makan seorang. Mungkinkah Munir Bin Isa sudah membuat sesuatu hinggakan mangga itu terasa begitu sedap?
Puan Kamilia tersenyum, geleng kepala melihat Zara yang memang pandai member 1001 alasan. “Alahai, anak siapalah kamu ini.”
“Anak siapa lagi? Anak mamalah! Ataupun anak raja? Mama, lebih baik mama berterus ternag, saya puteri raja mana, mama? Mama cakap sajalah, saya janji tidak marah. Saya bersedia menerima walau apa pun rahsia sebenar.” Zara mengenggam tangan Puan Kamilia. Bersungguh-sungguh dia meluahkan.
Sesaat, dua saat berlalu… Bulat mata Zara. Bersinar-sinar. Menanti jawapan Puan Kamilia.
“Zara….”
“Yes, mama. I’m listening….” Penuh mengharap. Matanya semakin bulat bersinar. Ada keyakinan yang mula terbit. Senyumannya melebar, menunggu jawapannya yang bakal mengubah hidupnya!Oh, mungkinkah ini titik permulaan baru dalam hidupnya? Mungkinkah impiannya akan menjadi kenyataan?
Puan Kamilia memegang kedua-dua belah bahu Zara. Digoncang perlahan. Terkejut Zara dibuatnya. “Berhentilah berangan-angan Zara. Penat mama tengok. Kamu tak rasa penat? Tak bosan?” Dikuti tawa kecil.
Zara muncung. Keluhan kecil diluahkan. “Hendak berangan sedikit pun tak dapat.” Kemudian perlahan-lahan, dia ketawa. “Yalah, saya terima hakikat. Saya rakyat biasa. Jangankan anak raja, kerabat raja pun tidak, bau-bau bacang dengan keluarga diraja pun tidak!”
Puan Kamilia ketawa kecil melihat muncung Zara. “Kamu bukan orang biasa. Kamu sangat istimewa sebab kamu puteri mama.” Dia memeluk bahu Zara.
Zara tersenyum. “Yang itu lebih sedap didengar.” Mereka sama-sama ketawa.
Bunyi kenderaan berhenti menarik perhatian mereka. Pandangan mereka kini menghala kea rah bunyi itu.
“Kamu Nampak apa yang mama nampak?”
“Nampak. Lori. Jadi?”
“Kita ada jiran baru.”
“Dan?”
“Kamu tidak mahu tahu siapa jiran baru kita?”
“Sejak bila mama kisah dengan jiran kita?” Pelik Zara dibuatnya. Bukan cara Puan Kamilia mengambil tahu urusan orang lain.
“Mengapa kamu cakap begitu? Selama ini pun mama bergaul dengan jiran kita.”
“Mama bergaul dengan jiran kita?” Zara mencebik. Zara antisocial. Mamanya pula? Terlebih-lebih antisosial. Bukankah Zara mewarisi sikap mamanya? Pendek kata keluarga kecil mereka memang antisocial!
“Yalah.”
Mama tahu nama jiran sebelah kita?”
“Tentulah mama tahu. Encik Mikail dan isterinya, Puan Jamaiyah bersama dua orang anak mereka.”
“Betul.” Zara mengangguk.
Puan Kamilia tersenyum. “I told you.”
“Tetapi, itu sebelum tiga bulan lepas. Buat pengetahuan mama, Encik Mikail dan keluarganya sekarang mungkin sedang bermain salji di United Kingdom. Mereka berpindah kerana Encik Mikail melanjutkan pelajaran di sana.Sekarang, rumah itu didiami oleh adik sepupu Encik Mikail yang bernama Munir Bin Isa yang kononya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya pun tak pasti sebab dia tak menampakkan cirri pelajar. Selekeh dan suka melepak. Munir Bin Isa selalu memekak, bermain dram, perasaan bagus dan menggelar dirinya king of drum. Mak Da suka member Munir makanan sebab katanya Munir budak baik dan bersopan. Seadngkan saya tidak namapka walau sekecil hama pun kebaikan dalam diri Munir. Menyampah betul!” Zara mengambil kesempatan meluahkan rasa tidak sukanya kepada Munir.
“Okay, point taken! Tidak payahlah ulas panjang lebar.” Puan Kamilia menggeleng. Ada-ada sahaja Zara. Semua orang pun dibuat musuh.
“Mama kata mama bergaul dengan jiran jiran kita tetapi nampaknya banyak yang mama tidak tahu.”
“Beginilah, kita anggap mam hendak berubah. Berubah ke arah kebaikan.” Puan Kamilia tersenyum lalu memasukkan sebiji anggur ke dalam mulutnya.
“Apa yang mama mahu buat?”
“Mama mahu jemput jiran baru makan malam di rumah kita.”
Zara ketawa.
“Kamu tidak percaya?”
“Mama rasa?”
“Tunggu dan lihat.” Puan Kamilia tersenyum memandang rumah di depan rumahnya.
Zara yang mulutnya penuh dengan mangga memandang penuh curiga. Kemudian pandangannya juga beralihke rumah berhadapan dengan rumah mereka.Beberapa pekerja sedang memunggah masuk barang-barang ke dalam rumah itu.
Banyak juga barangnya. Siapa penghguni rumah itu? Janganlah seperti Munir Bin Isa. Benci betul! Zara mencemik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...