Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedariyang Larry sedang memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk memerangkap Michael . Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu. Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. “Aku mesti beri amaran kepada Michael,” kata Mary.
Michael tidak menyedari bahaya yang sedang menantinya. Ia terus berjalan dengan riangnya. Ia semakin menghampiri ‘bangkai’ kucing itu. Tiba-tiba Mary muncul. “Berhenti! Jangan hampiri kucing itu!” kata Mary. “Kenapa?” Tanya Michael dengan hairan. “Ia sedang menunggu untuk membaham kamu!” kata Mary lagi. “Mana mungkin! Kucing itu sudah mati!” kata Michael. “Ia hanya berpura-pura mati,” kata Mary. “Saya akan buktikannya,” Kemudia Mary menjerit, “Hei, kucing yang mati itu, buka mulut kamu sekarang!” Larry segera membuka mulutnya. Ia menyangka tikus itu sudah menghampirinya. “Betul cakap awak. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa saya,” kata Michael.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hilang tension tak?