Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Sabtu, 7 Ogos 2010

Anak Helang Dengan Ibunya


Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia melihat ibunya terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-gepakkan sayapnya. Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga kea wan. “Wah,hebatnya!” jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun bercita-cita untuk terbang seperti ibunya. “Aku mesti banyak berlatih,” kata Jack. Jack masih terlalu muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan mengepak-ngepakkan sayapnya. Namun ia selalu terjatuh.
Jack tidak berputus asa. Ia bangun kembali dan mencuba lagi. Ia terus berlatih sehingga ibunya pulang. “Jangan cepat mengalah! Cuba lagi. Lama-kelamaan kamu akan pandai!” kata ibu Jack.
Pada keesokan pagi, Jack bangun lebih awal. Ia ingin belajar terbang lagi. Ia juga ingin melihat ibunya terbang. Ibu Jack terbang tinggi sehingga ke puncak pokok. Matanya tajam mencari sesuatu. Tiba-tiba ia terpandang seekor arnab. Ia segera terbang turun lalu menangkap arnab itu. Pada petang itu. Ibu Jack pulang membawa arnab yang ditangkapnya. “Ibu, saya pun ingin pergi mencari makanan,” kata Jack. “Kamu mesti belajar terbang terlebih dahulu,” kata ibu Jack. “Baiklah, ibu lihat saya terbang,” kata Jack. Jack pun berlari sambil mengepak-ngepakkan sayapnya. Ia pun terbang dengan gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...