Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Sabtu, 7 Ogos 2010

Anak Anjing Yang Tak Sabar


Alex ialah seekor anak anjing. Ia tinggal sendirian di sebuah taman. Ia sering merasa kesunyian kerana tidak mempunyai kawan. Alex ingin mencari kawan. Pada suatu hari, Alex melihat seekor rama-rama terbang di taman itu. Rama-rama itu hinggap pada sekuntum bunga. “Aku akan tangkap rama-rama itu. Bolehlah aku bermain bersama-samanya,” kata Alex. Alex berjalan perlahan-lahan kearah rama-rama itu. Ia cuba menangkap rama-rama itu.
Namun, rama-rama itu terbang lari. Alex mengejar rama-rama itu. Ia cuba menangkapnya lagi tetapi gagal. Akhirnya Alex merasa sungguh penat. Ia berhenti mengejar rama-rama itu. “Huh, sia-sia sahaja usaha aku!”
Alex berjalan-jalan pula di tepi sebuah kolam. Ia nampak ikan berenang-renang dengan riang di dalam kolam itu. “Mungkin ikan itu boleh menjadi kawan aku. Aku akan tangkapnya!” kata Alex. Alex pun menghulurkan ekornya ke dalam air untuk memancing ikan. “Ah, air kola mini sungguh sejuk! Aku tidak boleh lama di sini1” Runggut Alex sambil menarik keluar ekornya. Alex berasa marah apabila melihat ekornya basah. Ia mengoyang-goyangkan ekornya supaya segera kering. “Huh,hanya membuang masa aku!” Alex berehat di bawah pokok sehingga petang. Akhirnya ia pulang dengan tangan kosong. Ia tidak dapat apa-apa pun pada hari itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...