Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 21 Februari 2010

Kesilapan Anak Biri-biri


Seorang mempunyai seekor anak biri-biri bernama Charlie. Charlie mempunyai ramai kawan. Setiap hari, ia menghabiskan masa bermain bersama kawan-kawanya. Namun, Charlie tidak pernah rasa gembira. Charlie ingin keluar dari ladang itu.

Pada suatu pagi, Charlie menyelinap keluar dari ladang. Kawan-kawan Charlie tidak menyedari perbuatannya itu. Charlie berjalan sehingga sampai di tepi sungai. Ia gembira melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam sungai. “Oh, sungguh cantik pemandangan di sini!” kata Charlie. Saya boleh berehat dan minum air di sini!” Kemudian, muncul seekor rusa bernama Andy.
Ia datang ke sungai untuk minum air. “Haiwan tu nampak berbahaya!” kata Charlie ketakutan. “Badannya sungguh besar dan kuat! Ia juga mempunyai tanduk yang tajam. Aku mesti menjauhkan diri darinya.” Charlie pun pergi segera dari situ. Ia berjalan-jalan di dalam hutan itu dengan gembira. Akhirnya Charlie berhenti rehat di bawah sepohon pokok yang rendang. Tidak berama lama kemudian, Charlie nampak seekor serigala betina bernama Tina. “Nampaknya ia haiwan yang tidak berbahaya,” kata Charlie. “Ia mempunyai bulu yang tebal dan ekor yang cantik!” Ketika Charlie menghampirinya, Tina terus menerkam anak biri-biri yang malang itu. Akhirnya Charlie mati disebabkan kesilapannya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...