Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 21 Februari 2010

Sisa Berguna



Sudah dua hari saya dilahirkan. Macam-macam sudah saya lihat. Setiap hari berpuluh-berpuluh buah lori datang ke mari. Semua penuh berisi bermacam-macam bahan. Pembantu-pembantu lori mengasing-asingkan bahan buangan. Kertas-kertas dilonggokkan ke dalam bangsal beratap. Kaca dimasukkan ke dalam tangki besar. Tin pula dituangkan ke dalam tangki lain. Lori-lori mencurahkan sampah- sarap lainke tempat khas. Selepas itu, tanih akan diturapkan untuk menutupi kawasan tersebut.

Pada suatu hari saya ke tempat longgokan kertas. Saya mesti lihat sendiri apa yang jadi seterusya. Lori yang mengangkut kertas itu menuju ke sebuah kilang besar. Kertas dicurahkan ke dalam tangki khas. Ops! Saya melompat keluar. Mesin raksasa menghancurkan kertas tersebut. Bahan kimia dimasukkan dalam tangki. Bancuhan itu digaul oleh mesin juga. Kemudian ia disalirkan ke tempat penggiling . Keluarlah kertas baru. Kertas ini akan dijadikan kertas surat khabar, buku dan majalah. Manusia memang bijak . Bahan buangan dapat digunakan semula! Langkah ini memang menjimatkan. Tolong! Tolong Tunggu saya ! Saya tidak sempat menumpang lori untuk pulang.
Tidak berapa lama kemudian kereta-kereta besar masuk ke kawasan kilang. Saya mengikut mereka ke sebuah dewan besar. “ Kita mendapat lebih banyak tempahan. Ada juga dari syarikat luar Negara.” Semua orang bertepuk tangan. “Tetapi kita mesti fikirkan sekarang. Kita mesti bijak mengurangkan pencemaran.” Tuan Pengarah memandang sekeliling. “ Asap dari kilang mesti dikurangkan.” Saya mula terasa lapar. Saya terbau makanan yang enak. Aduhai, banyaknya sisa makanan. “Mengapa dilonggokkan di sini, ibu?” Tanya seorang anak kecil. “Sisa makanan ini akan dihantar ke kilang untuk diproses,” jawab ibunya. “Mengapa ia diproses?” Untuk dibuat baja.” Si anak menganggukkan kepalanya. “Kenapa tidak boleh dibakar,ibu?” “Jika dibakar,udara menjadi kotor. Bahan kimia yang dikeluarkan nanti tidak baik untuk kesihatan kita.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...