Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 21 Februari 2010

Tetamu di rumah Miko

Miko lihat ibu sibuk memasak. Miko lihat ayah sibuk mengemas. Miko jadi hairan. “Wah,banyak sungguh makanan! Mengapa ibu masak banyak makanan?” Ibu tersenyum . Miko lihat ayah pasang cadar baru. “Siapa hendak tidur di bilik ini?” Ayah hanya tersenyum.
Miko dengar bunyi kereta. Miko jengah di tingkap. Miko lihat seorang wanita dan seorang kanak-kanak turun dari kereta.
“Ayah ,ibu ada orang datang!” jerit Miko. Ayah dan ibu keluar dengan segera. “Miko ,ini Mak Cik Maria,ini Bob, anak Mak Cik Maria,” kata ibu. “Mak Cik Maria kawan lama ibu,” kata ayah. Miko bersalam dengan Mak Cik Maria. Ayah dan ibu berbual dengan Mak Cik Maria. Miko kayuh basikal di luar. “Saya mahu kayuh basikal juga,”kata Bob. Miko terus kayuh basikal. Dia tidak mahu Bob kayuh basikalnya. Bob tarik basikal Miko. Miko jatuh dari basikal. Miko bangun dan mencekik Bob dengan marah. “Miko!” jerit ayah. Miko dan Bob berhenti bergaduh. “Kenapa Miko dan Bob bergaduh?” Ayah pun geleng-geleng kepala. Ayah marah Miko. Miko merajuk dan terus lari ke bilik. Ibu datang memujuk Miko. “Miko tidak baik kalau kita kedekut. Miko boleh gilir-gilir kayuh basikal dengan Bob,” kata ibu. Miko pun angguk-angguk kepala. Hari sudah malam. Miko mahu pergi tidur. “Saya mahu tidur di bilik Miko,” kata Bob. “Tidak boleh!” Miko jerit dengan kuat. Miko kunci pintu bilik. Bob ketuk pintu kuat-kuat. “Jangan kacau!” Miko jerit. Ayah panggil Miko. Miko buka pintu perlahan-lahan. Miko takut ayah marah. Miko biar Bob masuk ke bilik Miko. Tengah malam Miko dan Bob terjaga. Mereka dengar bunyi guruh. Bunyi guruh berdentum-dentum. Miko dan Bob rasa takut, mereka berpeluk kuat-kuat. Lama-lama Miko dan Bob tertidur. Hari sudah pagi. Bob dan Miko main kejar-kejar. Riuh-rendah suara mereka ketawa. Ibu,ayah dan Mak Cik Maria hairan. Bob dan Miko telah menjadi sahabat yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hilang tension tak?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...