Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka berlagak. Ia menganggap dirinya paling hebat. “Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini!” kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencai makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk Basil. “Tuan, terdapat anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk keluar mencari makanan,” kata salah seekor katak. “Apa, ada haiwan yang lebih besar daripada aku?” jerit Basil dengan marah. “Betul, haiwan itu lebih besar daripada tuan!” jawab katak itu. Basil berasa sungguh marah. Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam. Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula kelihatan menggelembung. “Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada aku?” Tanya Basil. “Ya, haiwan itu lagi besar!” kata katak-katak itu. Basil semakin tidak puas hati. Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi semakin besar, seperti sebiji belon. Namun Basil masih tidak puas hati. Ia masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu. Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba… “Bang!!” Bunyi yang kuat itu mengejutkan katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah. Akhirnya Basil mati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hilang tension tak?