Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 3

Zara kehairanan melihat kesibukan mama dan Mak Da di dapur. Memasak pelbagai jenis hidangan.
“Ada orang hendak datang?”
Puan Kamilia berpaling. “Kamu tolong mama potong buah tembikai susu dan betik ini. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nanti sebelum makan malam, bolehlah kita makan.”
Zara menurut sahaja. Sambil tangannya memotong tembikai susu menjadi empat, sesekali dia menjeling mama yang kelihatan kalut.
“Mama, siapa yang hendak datang?”
“Selepas potong buah,kamu tolong mesin buah oren ya. Buat jus.”
“Mama, siapa yang hendak datang?” Zara menguatkan suara. Mungkin mamanya tidak dengar.
“Mak Da tolong hulurkan udang.”Puan Kamilia memang kelihatan sibuk. Tidak menang tangan.
Geram pula Zara dibuatnya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
“Mak Da, siapa yang hendak datang?” Zara mencuba nasib dengan mak Da pula. Sungguh, keadaan di dapur petang itu luar biasa. Separti hendak mengadakan kenduri pula. Kenduri apa? Rumah terbuka? Mama jarang menganjurkan rumah terbuka. Hari raya pun biasa-biasa sahaja.

Puteri Zara - Bab 2

“Hai, saya jiran baru awak.”
Zara memandang seketika. Kemudian terus meluncur dengan papan selaju atau skateboard. Kaki kananya berada di atas deck atau papan, manakala kaki sebelah kiri digunakan memacu tenaga bagi menggerakkan papan selaju. Papan selaju meluncur laju.Seketika, apabila menuruni jalan yang sedikit berbukit itu, kedua-dua belah kaki Zara berada di atas papan selaju. Papan selaju meluncur laju.
Kelihatan seperti hebat, bukan? Jangan terpedaya dengan gaya Zara yang lengkap dengan topi keledar kasut khas untuk skater yang tahan geseran dan mempunyai tapak yang dinamik bagi mencengkam papan dan pad pelindung yang dipakai di siku dan lutut sebagai langkah keselamatan. Memang dia kelihatan bersungguh-sungguh, seperti tahu trick yang sukar dan berbahaya. Hakikatnya Zara tidaklah mahir bermain papan selaju. 

Puteri Zara - Bab 1

Zara berdiri tegak di hadapan cermin yang setingginya. Tersenyum sendirian memandang dirinya. Cantiknya! Hidungnya kembang kuncup. Tidak perlu menunggu kata-kata pujian daripada orang lain , dia memang sedia maklum dengan kejelitaan yang dimilikinya. Selayaknya dia bergelar puteri.
Ya. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, Zara adalah puteri. Puteri Zara. Bukan kerabat diraja tetapi anak diraja. Diulangi, anak raja.
Berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera turun ke bawah. Oh, tidak, jangan salah sangka. Dia tidak menuruni tangga, sebaliknya menaiki lif.
Dari kamarnya ada lif yang membawanya terus ke tingkat bawah. Sebaik sahaja lif terbuka, permaidani warna merah terhampar indah, sedia dipijak oleh kakinya yang tersarung kasut kaca yang bersinar-sinar setinggi dua setengah inci.
Zara melangkah keluar dari lif dengan yakin. Badannya tegak mendada. Dagunya diangkat tinggi. Senyumnya terkawal rapi.Ada banyak mata yang sedang memerhati.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...