Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Isnin, 27 Februari 2012

Orang gila main bola


Ada 26 orang gila, mereka akan menjalani ujian kesihatan di Amerika. Mereka dibawa dengan menggunakan pesawat Hercules yang besar. Ketika di udara, orang-orang gila itu terlalu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Kapten pesawat marah dan menyuruh co-pilotnya untuk menenangkan mereka.

co pilot : "Hoi! Bising sangat nie! Jangan main bola di dalam kapalterbang!!!"
bentak co-pilot kepada orang-orang gila tersebut.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-kelamaan, Kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk memeriksa keadaan di belakang. Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah mati! Orang gilanya hanya tinggal 4 orang!!!

co pilot : "Hei, kamu semua! Kenapa tinggal 4 orang sahaja? Yang lain ke mana?"

Orang gila : "Habis... tak boleh main bola di dalam kapalterbang, jadi mereka main bola di luar la."

co pilot : "HAH?! Habis tu kenapa kamu semua masih berada di dalam?"

Orang gila : "Kan kami nie pemain simpanan...".

Khamis, 23 Februari 2012

Ada Hajat Nak Kahwin Dua


Suatu hari si Suami menyampaikan hasratnya kepada isterinya tentang hajatnya untuk berkahwin lagi satu.

Suami:  Ayang, abang nak kahwin lain boleh?

Isteri:  Boleh, tapi syaratnya kena belajar grammar English dulu.

Suami:  Errr... Aaaa, Ok2.

Isteri :  Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural", kan?

Suami : Betul...

Isteri :  One car sebagai singular, two cars pula sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural tu kan?

Isteri :  Betul tu. Sama juga la untuk abang..

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri :  Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Suami : gluuppp???!!!


Selasa, 21 Februari 2012

Asal usul nama negeri Pahang

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.


Sabtu, 18 Februari 2012

Pasu Tanpa Pokok Bunga

   Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sudah tua. Baginda tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta baginda. Ini menyebabkan baginda berasa sungguh risau. Pada suatu hari, Raja berfikir bagaimana hendak melantik pengganti baginda. Akhirnya baginda mendapat satu akal. Raja memberi biji-biji benih kepada semua budak di negeri itu. Mana-mana budak yang menghasilkan bunga yang paling cantik daripada biji benih itu akan dijadikan putera angkat baginda.

   Semua budak menyemai  biji-biji benih bunga itu bersungguh-sungguh. Salah seorang budak itu bernama Sharil. Dia menjaga biji-biji benih tersebut dengan baik sehinggaah setengah bulan dan akhirnya genap sebulan. Sharil hairan melihat biji-biji benih yang di semainya itu tidak bercambah. Kemudian dia bertanya kepada ibunya tentang perkara tersebut.

  "Cuba anakku tukarkan tanah dalam pasu ini," kata ibu Sharil. Sharil mengikut sahaja apa kata-kata ibunya tetapi biji-biji benih itu tetap tidak bercambah.

  Akhirnya hari perlantikan putera angkat itu pun tiba. Semua budak datang menghadap raja. Mereka membawa pokok-pokok bunga yang subur itu di dalam pasu masing-masing. Pada ketika itu Raja tidak bertitah apa-apa, cuma menunjukkan muka masam baginda sahaja. Rupa-rupanya baginda tidak tertarik oleh pokok-pokok bunga yang subur itu.

   Tiba-tiba Raja ternampak seorang budak sedang menangis teresak-esak. Budak itu membawa pasu tanpa bunga di dalamnya. Raja menghampiri budak itu lalu bertitah, "Siapakan namamu anakku? Mengapa bawa pasu tanpa pokok bunga di dalamnya?" "Nama saya Sharil, Tuanku," jawab Sharil sambil menangis. Sharil terus menangis teresak-esak. Seketika kemudian dia mengesat air matanya lalu berkata, "tiap-tiap hari patik menjaga biji-biji benih itu bersungguh-sungguh tetapi biji-biji benih itu tetap tidak bercambah."


  Raja berhati-hati mendengar keterangan Sharil itu sambil tersenyum. Kemudian baginda memegang tangan Sharil lalu membuat pengumuman. "anak ini adalah putera angkat beta," titah Raja kegembiraan. Budak-budak lain terperanjat mendengar pengumuman baginda itu.Mengapa Tuanku melantik budak yang membawa pasu tanpa pokok bunga itu menjadi putera angkat Tuanku?

  "Anak-anakku," titah Raja, "beta berikan anak-anakku biji-biji benih yang telah direbus. Biji-biji benih itu sepatutnya tidak boleh bercambah sama sekali."

  Budak-budak itu tunduk kerana malu sungguh setelah mendengar Raja bertitah sedemikian. Sebenarnya mereka telah menggunakan biji-biji benih lain sebagai pengganti biji-biji benih yang tidak boleh bercambah itu.

   Semua budak itu menggunakan helah,cuma Sharil sahaja yang jujur. Oleh itu Raja melantiknya menjadi putera angkat baginda.

Kisah Pemburu dan Ibu Rusa

   Pada zaman dahulu ada seorang pesuruh raja. Pesuruh raja ini sangat suka memburu. Dia mempunyai seekor kuda. Dia selalu menunggang kuda ini semasa memburu.

   Pada suatu hari pemburu itu pergi ke sebuah hutan. Dia melihat ke kanan dan ke kiri. Dia sedang mencari binatang untuk di buru. Tiba-tiba dia ternampak seekor anak rusa. "Comel sungguh anak rusa itu," kata pemburu. "Tentu anak-anakku suka padanya." Perlahan-lahan dia menghampiri anak rusa itu. Denagn pantas dia menangkap anak rusa itu untuk di bawa pulang. Anak rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tetapi pempburu itu memegangnya dengan kuat. Dia mengikat anak rusa itu di belakang kudanya. Setelah itu dia terus menungggang kudanya untuk pulang.

   Ibu rusa mencari anaknya kesana dan kemari. Ia sangat sedih kerana anaknya telah hilang. Tiba-tiba ia ternampak anaknya di belakang kuda si pemburu. Ia pun mengejar pemburu itu tanpa rasa takut. Ibu rusa menghampiri pemburu itu. Ia merenung anaknya dengan sedih. Ibu rusa inginkan anaknya kembali. Anak rusa menangis terisak-isak diatas belakang kuda tanpa dapat bergerak kerana keempat-empat kakinya telah di ikat. Pemburu sangat sedih melihat ibu rusa dan anaknya.

  Akhirnya Si pemburu melepaskan ikatan pada anak rusa. Anak rusa melompat dan terus berlari mendapatkan ibunya. Ibuny rusa menjilat anaknya dengan penuh kasih sayang. Ibu dan anak rusa sangat gembira kerana dapat bersama kembali.



Selasa, 14 Februari 2012

Siapa Paling Bodoh

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing

Org kaya I: “Kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni…”

Terus dia panggil si Adi orang gajinya.

“Adi, ini RM10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari.” Adi pun menjawab dengan sopan, “Yes Sir !! Right Away !!”

Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, “tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus”

Org Kaya II: “Haha, itu tak de ape-ape lagi… saya punya orang gaji lagi bengap”.

Terus si org kaya II memanggil Ali, “Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak”

Ali: “Yes Sir !! Right Away !!” ali pun bergegas ke rumah tuannya.

Orang kaya II memandang temanye sambil ketawa Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.

Adi: “Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. “

Ali: “My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..”


Isnin, 13 Februari 2012

Hadiah Harijadi


Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."


Ahad, 5 Februari 2012

Spielberg & whatever *berg*


A chinese man walks into a bar in America late one night and he saw Steven Spielberg.

As he was a great fan of his movies, he rushes over to him, and asks for his autograph.

Instead, Spielberg gives him a slap and says, "You Chinese people bombed our Pearl Harbor, get out of here."

The astonished Chinese man replied, "It was not the Chinese who bombed your Pearl Harbor, it was the Japanese".

"Chinese, Japanese, Taiwanese, you're all the same, " replied Spielberg.

In return, the Chinese gives Spielberg a slap and says, "You sank the Titanic, my forefathers were on that ship."

Shocked, Spielberg replies, "It was the iceberg that sank the ship, not me."
The Chinese replies, "Iceberg, Spielberg, Carlsberg, you're all the same."


Kisah Pemburu & Singa


Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. 
Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.


Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”



Khamis, 2 Februari 2012

Tijah oh Tijah


Tijah ingin break ngan boiprennya,
cakap omputeh melalui surat:

Hi!,
my motive write this letter to give know you something…..
i want to cut connection us,
i saw you play wood three in front of my eyes.
so i pull my body from this love.!
you are really crocodile land!!
i dont want you to play2 with my liver.
i have been crying until no more eye water…
i dont want banana to fruit two times….SAFE WALK!

Broken liver,
Tijah….


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...