Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sudah tua. Baginda tidak mempunyai putera untuk mewarisi takhta baginda. Ini menyebabkan baginda berasa sungguh risau. Pada suatu hari, Raja berfikir bagaimana hendak melantik pengganti baginda. Akhirnya baginda mendapat satu akal. Raja memberi biji-biji benih kepada semua budak di negeri itu. Mana-mana budak yang menghasilkan bunga yang paling cantik daripada biji benih itu akan dijadikan putera angkat baginda.
Semua budak menyemai biji-biji benih bunga itu bersungguh-sungguh. Salah seorang budak itu bernama Sharil. Dia menjaga biji-biji benih tersebut dengan baik sehinggaah setengah bulan dan akhirnya genap sebulan. Sharil hairan melihat biji-biji benih yang di semainya itu tidak bercambah. Kemudian dia bertanya kepada ibunya tentang perkara tersebut.
"Cuba anakku tukarkan tanah dalam pasu ini," kata ibu Sharil. Sharil mengikut sahaja apa kata-kata ibunya tetapi biji-biji benih itu tetap tidak bercambah.
Akhirnya hari perlantikan putera angkat itu pun tiba. Semua budak datang menghadap raja. Mereka membawa pokok-pokok bunga yang subur itu di dalam pasu masing-masing. Pada ketika itu Raja tidak bertitah apa-apa, cuma menunjukkan muka masam baginda sahaja. Rupa-rupanya baginda tidak tertarik oleh pokok-pokok bunga yang subur itu.
Tiba-tiba Raja ternampak seorang budak sedang menangis teresak-esak. Budak itu membawa pasu tanpa bunga di dalamnya. Raja menghampiri budak itu lalu bertitah, "Siapakan namamu anakku? Mengapa bawa pasu tanpa pokok bunga di dalamnya?" "Nama saya Sharil, Tuanku," jawab Sharil sambil menangis. Sharil terus menangis teresak-esak. Seketika kemudian dia mengesat air matanya lalu berkata, "tiap-tiap hari patik menjaga biji-biji benih itu bersungguh-sungguh tetapi biji-biji benih itu tetap tidak bercambah."
Raja berhati-hati mendengar keterangan Sharil itu sambil tersenyum. Kemudian baginda memegang tangan Sharil lalu membuat pengumuman. "anak ini adalah putera angkat beta," titah Raja kegembiraan. Budak-budak lain terperanjat mendengar pengumuman baginda itu.Mengapa Tuanku melantik budak yang membawa pasu tanpa pokok bunga itu menjadi putera angkat Tuanku?
"Anak-anakku," titah Raja, "beta berikan anak-anakku biji-biji benih yang telah direbus. Biji-biji benih itu sepatutnya tidak boleh bercambah sama sekali."
Budak-budak itu tunduk kerana malu sungguh setelah mendengar Raja bertitah sedemikian. Sebenarnya mereka telah menggunakan biji-biji benih lain sebagai pengganti biji-biji benih yang tidak boleh bercambah itu.
Semua budak itu menggunakan helah,cuma Sharil sahaja yang jujur. Oleh itu Raja melantiknya menjadi putera angkat baginda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hilang tension tak?