Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Sabtu, 15 Januari 2011

Kerbau balar


Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang.


"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.

Jumaat, 14 Januari 2011

Arnab Yang Pemalas


Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi.

Isnin, 10 Januari 2011

Mengapa Kera Tiada Berumah


Cerita kanak-kanak. Ada sekumpulan keluarga kera. Mereka tinggal di dalam hutan. Mereka tidak mempunyai rumah. Apabila malam, mereka berteduh di atas pokok-pokok kayu.
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Maka kera-kera itu pun menjadi kelam kabut. Mera berlompatan kesana kesini mencari tempat berteduh. Anak dan isteri kera bertanya, bilakah mereka akan memiliki rumah. Bapa kera berjanji akan membina rumah apabila hujan teduh.

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 3

Zara kehairanan melihat kesibukan mama dan Mak Da di dapur. Memasak pelbagai jenis hidangan.
“Ada orang hendak datang?”
Puan Kamilia berpaling. “Kamu tolong mama potong buah tembikai susu dan betik ini. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nanti sebelum makan malam, bolehlah kita makan.”
Zara menurut sahaja. Sambil tangannya memotong tembikai susu menjadi empat, sesekali dia menjeling mama yang kelihatan kalut.
“Mama, siapa yang hendak datang?”
“Selepas potong buah,kamu tolong mesin buah oren ya. Buat jus.”
“Mama, siapa yang hendak datang?” Zara menguatkan suara. Mungkin mamanya tidak dengar.
“Mak Da tolong hulurkan udang.”Puan Kamilia memang kelihatan sibuk. Tidak menang tangan.
Geram pula Zara dibuatnya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
“Mak Da, siapa yang hendak datang?” Zara mencuba nasib dengan mak Da pula. Sungguh, keadaan di dapur petang itu luar biasa. Separti hendak mengadakan kenduri pula. Kenduri apa? Rumah terbuka? Mama jarang menganjurkan rumah terbuka. Hari raya pun biasa-biasa sahaja.

Puteri Zara - Bab 2

“Hai, saya jiran baru awak.”
Zara memandang seketika. Kemudian terus meluncur dengan papan selaju atau skateboard. Kaki kananya berada di atas deck atau papan, manakala kaki sebelah kiri digunakan memacu tenaga bagi menggerakkan papan selaju. Papan selaju meluncur laju.Seketika, apabila menuruni jalan yang sedikit berbukit itu, kedua-dua belah kaki Zara berada di atas papan selaju. Papan selaju meluncur laju.
Kelihatan seperti hebat, bukan? Jangan terpedaya dengan gaya Zara yang lengkap dengan topi keledar kasut khas untuk skater yang tahan geseran dan mempunyai tapak yang dinamik bagi mencengkam papan dan pad pelindung yang dipakai di siku dan lutut sebagai langkah keselamatan. Memang dia kelihatan bersungguh-sungguh, seperti tahu trick yang sukar dan berbahaya. Hakikatnya Zara tidaklah mahir bermain papan selaju. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...