Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedariyang Larry sedang memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk memerangkap Michael . Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu. Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. “Aku mesti beri amaran kepada Michael,” kata Mary.
Koleksi cerita kanak-kanak dan cerita lawak untuk anda semua. Kecik besau sesuai blake
Ahad, 8 Ogos 2010
Kawan Yang Tidak Jujur
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.
Sabtu, 7 Ogos 2010
Kanggaru Dengan Rakan-rakannya
Kumpulan cerita kanak-kanak kisah seekor kanggaru.
Susie ialah seekor kanggaru yang baik hati. Ia mempunyai rakan iaitu seekor rusa dan seekor kambing. Setiap hari, mereka mencari makanan bersama-sama. Mereka gemar memakan daun kayu dan sayur-sayuran segar. Mereka akan bekerjasama ketika mendapatkan makanan. Susie rajin menolong rakan-rakanya. Ia juga cakap dengan lemah lembut. Namun kambing suka menjerit-jerit ketika bercakap.
Anak Ikan Yang Suka Menipu
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.
Arnab Yang Rajin Bekerja
Terdapat seekor arnab bernama Ricky. Ricky sangat rajin bekerja. Ia menanam pelbagai jenis tanaman di kebun sayurnya. Ada tomato, lobak merah dan lain-lain lagi. Setiap hari, ia akan memulakan kerja di kebunnya pada awal pagi. Ia akan menyiram tanam-tanaman dan akan membubuh baja. Pada sebelah petang pula, ia akan mencabut rumput dan lalang. Jirannya ialah seekor panda bernama Peter. Peter amat pemalas. Setiap hari, ia menghabiskan masa dengan bermain.
Katak Yang Suka Berlagak
Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka berlagak. Ia menganggap dirinya paling hebat. “Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini!” kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencai makanan untuknya.
Anak Helang Dengan Ibunya
Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia melihat ibunya terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-gepakkan sayapnya. Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga kea wan. “Wah,hebatnya!” jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun bercita-cita untuk terbang seperti ibunya. “Aku mesti banyak berlatih,” kata Jack. Jack masih terlalu muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan mengepak-ngepakkan sayapnya. Namun ia selalu terjatuh.
Anak Anjing Yang Tak Sabar
Alex ialah seekor anak anjing. Ia tinggal sendirian di sebuah taman. Ia sering merasa kesunyian kerana tidak mempunyai kawan. Alex ingin mencari kawan. Pada suatu hari, Alex melihat seekor rama-rama terbang di taman itu. Rama-rama itu hinggap pada sekuntum bunga. “Aku akan tangkap rama-rama itu. Bolehlah aku bermain bersama-samanya,” kata Alex. Alex berjalan perlahan-lahan kearah rama-rama itu. Ia cuba menangkap rama-rama itu.
Langgan:
Catatan (Atom)