Iklan ...Iklan ..Dapatkan Kuih Sepit untuk harga yang murah.... Sila klik disini disini dan disini

Ahad, 26 Disember 2010

Puteri Zara - Bab 3

Zara kehairanan melihat kesibukan mama dan Mak Da di dapur. Memasak pelbagai jenis hidangan.
“Ada orang hendak datang?”
Puan Kamilia berpaling. “Kamu tolong mama potong buah tembikai susu dan betik ini. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nanti sebelum makan malam, bolehlah kita makan.”
Zara menurut sahaja. Sambil tangannya memotong tembikai susu menjadi empat, sesekali dia menjeling mama yang kelihatan kalut.
“Mama, siapa yang hendak datang?”
“Selepas potong buah,kamu tolong mesin buah oren ya. Buat jus.”
“Mama, siapa yang hendak datang?” Zara menguatkan suara. Mungkin mamanya tidak dengar.
“Mak Da tolong hulurkan udang.”Puan Kamilia memang kelihatan sibuk. Tidak menang tangan.
Geram pula Zara dibuatnya apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan.
“Mak Da, siapa yang hendak datang?” Zara mencuba nasib dengan mak Da pula. Sungguh, keadaan di dapur petang itu luar biasa. Separti hendak mengadakan kenduri pula. Kenduri apa? Rumah terbuka? Mama jarang menganjurkan rumah terbuka. Hari raya pun biasa-biasa sahaja.

Puteri Zara - Bab 2

“Hai, saya jiran baru awak.”
Zara memandang seketika. Kemudian terus meluncur dengan papan selaju atau skateboard. Kaki kananya berada di atas deck atau papan, manakala kaki sebelah kiri digunakan memacu tenaga bagi menggerakkan papan selaju. Papan selaju meluncur laju.Seketika, apabila menuruni jalan yang sedikit berbukit itu, kedua-dua belah kaki Zara berada di atas papan selaju. Papan selaju meluncur laju.
Kelihatan seperti hebat, bukan? Jangan terpedaya dengan gaya Zara yang lengkap dengan topi keledar kasut khas untuk skater yang tahan geseran dan mempunyai tapak yang dinamik bagi mencengkam papan dan pad pelindung yang dipakai di siku dan lutut sebagai langkah keselamatan. Memang dia kelihatan bersungguh-sungguh, seperti tahu trick yang sukar dan berbahaya. Hakikatnya Zara tidaklah mahir bermain papan selaju. 

Puteri Zara - Bab 1

Zara berdiri tegak di hadapan cermin yang setingginya. Tersenyum sendirian memandang dirinya. Cantiknya! Hidungnya kembang kuncup. Tidak perlu menunggu kata-kata pujian daripada orang lain , dia memang sedia maklum dengan kejelitaan yang dimilikinya. Selayaknya dia bergelar puteri.
Ya. Bagi sesiapa yang tidak tahu lagi, Zara adalah puteri. Puteri Zara. Bukan kerabat diraja tetapi anak diraja. Diulangi, anak raja.
Berpuas hati dengan penampilan dirinya, dia segera turun ke bawah. Oh, tidak, jangan salah sangka. Dia tidak menuruni tangga, sebaliknya menaiki lif.
Dari kamarnya ada lif yang membawanya terus ke tingkat bawah. Sebaik sahaja lif terbuka, permaidani warna merah terhampar indah, sedia dipijak oleh kakinya yang tersarung kasut kaca yang bersinar-sinar setinggi dua setengah inci.
Zara melangkah keluar dari lif dengan yakin. Badannya tegak mendada. Dagunya diangkat tinggi. Senyumnya terkawal rapi.Ada banyak mata yang sedang memerhati.

Ahad, 8 Ogos 2010

Burung Tiung Menyelamatkan Tikus

Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan sambil menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedariyang Larry sedang memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk memerangkap Michael . Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang berehat di atas dahan berhampiran tempat itu. Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. “Aku mesti beri amaran kepada Michael,” kata Mary.

Kawan Yang Tidak Jujur


Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kanggaru Dengan Rakan-rakannya


Kumpulan cerita kanak-kanak kisah seekor kanggaru.
Susie ialah seekor kanggaru yang baik hati. Ia mempunyai rakan iaitu seekor rusa dan seekor kambing. Setiap hari, mereka mencari makanan bersama-sama. Mereka gemar memakan daun kayu dan sayur-sayuran segar. Mereka akan bekerjasama ketika mendapatkan makanan. Susie rajin menolong rakan-rakanya. Ia juga cakap dengan lemah lembut. Namun kambing suka menjerit-jerit ketika bercakap.

Anak Ikan Yang Suka Menipu


Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Arnab Yang Rajin Bekerja


Terdapat seekor arnab bernama Ricky. Ricky sangat rajin bekerja. Ia menanam pelbagai jenis tanaman di kebun sayurnya. Ada tomato, lobak merah dan lain-lain lagi. Setiap hari, ia akan memulakan kerja di kebunnya pada awal pagi. Ia akan menyiram tanam-tanaman dan akan membubuh baja. Pada sebelah petang pula, ia akan mencabut rumput dan lalang. Jirannya ialah seekor panda bernama Peter. Peter amat pemalas. Setiap hari, ia menghabiskan masa dengan bermain.

Katak Yang Suka Berlagak

Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam bersama-sama dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka berlagak. Ia menganggap dirinya paling hebat. “Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam kolam ini!” kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya ketua. Katak-katak lain dikerah mencai makanan untuknya.

Anak Helang Dengan Ibunya


Jack ialah seekor anak helang yang sedang belajar terbang. Setiap hari ia melihat ibunya terbang dengan cekap sekali. Ibunya berlari sambil mengepak-gepakkan sayapnya. Kemudian ibunya terbang tinggi sehingga kea wan. “Wah,hebatnya!” jerit Jack. Semua yang dilakukan kelihatan mudah. Jack pun bercita-cita untuk terbang seperti ibunya. “Aku mesti banyak berlatih,” kata Jack. Jack masih terlalu muda. Kaki dan sayapnya masih lemah. Ia cuba berlari dan mengepak-ngepakkan sayapnya. Namun ia selalu terjatuh.

Anak Anjing Yang Tak Sabar


Alex ialah seekor anak anjing. Ia tinggal sendirian di sebuah taman. Ia sering merasa kesunyian kerana tidak mempunyai kawan. Alex ingin mencari kawan. Pada suatu hari, Alex melihat seekor rama-rama terbang di taman itu. Rama-rama itu hinggap pada sekuntum bunga. “Aku akan tangkap rama-rama itu. Bolehlah aku bermain bersama-samanya,” kata Alex. Alex berjalan perlahan-lahan kearah rama-rama itu. Ia cuba menangkap rama-rama itu.

Ahad, 21 Februari 2010

Kesilapan Anak Biri-biri


Seorang mempunyai seekor anak biri-biri bernama Charlie. Charlie mempunyai ramai kawan. Setiap hari, ia menghabiskan masa bermain bersama kawan-kawanya. Namun, Charlie tidak pernah rasa gembira. Charlie ingin keluar dari ladang itu.

Pada suatu pagi, Charlie menyelinap keluar dari ladang. Kawan-kawan Charlie tidak menyedari perbuatannya itu. Charlie berjalan sehingga sampai di tepi sungai. Ia gembira melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam sungai. “Oh, sungguh cantik pemandangan di sini!” kata Charlie. Saya boleh berehat dan minum air di sini!” Kemudian, muncul seekor rusa bernama Andy.

Sisa Berguna



Sudah dua hari saya dilahirkan. Macam-macam sudah saya lihat. Setiap hari berpuluh-berpuluh buah lori datang ke mari. Semua penuh berisi bermacam-macam bahan. Pembantu-pembantu lori mengasing-asingkan bahan buangan. Kertas-kertas dilonggokkan ke dalam bangsal beratap. Kaca dimasukkan ke dalam tangki besar. Tin pula dituangkan ke dalam tangki lain. Lori-lori mencurahkan sampah- sarap lainke tempat khas. Selepas itu, tanih akan diturapkan untuk menutupi kawasan tersebut.

Tetamu di rumah Miko

Miko lihat ibu sibuk memasak. Miko lihat ayah sibuk mengemas. Miko jadi hairan. “Wah,banyak sungguh makanan! Mengapa ibu masak banyak makanan?” Ibu tersenyum . Miko lihat ayah pasang cadar baru. “Siapa hendak tidur di bilik ini?” Ayah hanya tersenyum.
Miko dengar bunyi kereta. Miko jengah di tingkap. Miko lihat seorang wanita dan seorang kanak-kanak turun dari kereta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...